Hai korang semua yang suka shopping ! Heee :D
Hari ni aku macam biasa la agak busy dengan macam - macam kerja yang dilambakkan kat aku . Nak online pun tak sempat noks . Sempat la jeling - jeling sket . Tapi tak sempat nak tinggalkan komen dekat blog rakan blogger semua . Tapi dalam sibuk - sibuk tu aku curi - curi jugak bukak Lazada dan beberapa website lain . Almaklum la , #MYCyberSALE tengah rancak berlangsung sekarang ni kan . Walaupun poket agak kering , ada hati nak menjeling . Huhu . Nasib la , belum gaji lagi . Iskkkkk .
Sale tengah banyak , sampai 90% kauuuu . Mahu tak melompat - lompat duet dalam wallet kan . Haha . Tadi tengok dekat NILE.COM ada satu jubah ni murah tahap nak arwah , RM9.90 sahaja . Baru je tengah excited , tetiba jubah tu dah OUT OF STOCK . Ini semua gara - gara #MYCyberSALE . Bukan rezeki namanya . Dekat LAZADA macam banyak sangat pulak sampai rasa macam malas nak scroll - scroll . Hihuuu .
Website apa lagi yang join buat #MYCyberSALE ni eh ? Mesti ada lagi yang aku tak tahu ni . Kalau korang tahu , silalah share :)
hihi badan kecik kecik boleh beli baju online. kalau cem CT takleh le :P hahaha. slalu beli beg saja yang berani pun. baju and kasut memang out.
ReplyDelete