Alhamdulillah , syukur sangat - sangat . Rezeki sekaligus sebagai pendorong untuk aku melakukan sedikit demi sedikit perubahan kepada diri aku . Cheewahh . Takde la perubahan apa sangat pun . Cuma sebagai seorang gadis , aku mahu sentiasa berusaha untuk improve diri aku agar jadi lebih baik . Salah satu aspek ialah dari segi pemakaian . Tahun ni dah digerakkan hati aku untuk mula berpakaian lebih sopan dan manis . Manis ke ? Haha . Usia pun makin meningkat kan . Kalau dulu aku macam segan nak pakai jubah sebab aku rasa besar sangat macam kelawar . Tapi bermula tahun ni perlahan - lahan aku latih diri aku untuk ketepikan baju - baju yang kecik dan mula berjinak dengan jubah . Memang la apa - apa perubahan tak senang nak lakukan secara drastik . So biarlah perlahan pun , asalkan ada usaha di pihak aku sendiri . Asalkan aku tahu , hati aku benar - benar mahukan perubahan itu . Sekarang pun takde la aku pakai jubah / loose dress memanjang . Ishhh , jubah pun berapa helai je aku ada . Cuma seboleh mungkin aku elakkan pakai baju yang ketat - ketat . Tapi kadang - kadang terbabas jugak sebab tetiba kebelakangan ni aku rasa macam baju casual aku semua mengecil . Nak keluar pun macam takde baju pulak nak pakai . Especially t-shirt . Aku rasa macam kecik nya la hai t-shirt aku semua ni . So yang mana aku rasa takde la kecik sangat , aku still pakai . Tak pun aku pakai la cardigan kat luar . Moga - moga di tetapkan hati aku dan di permudahkan jalan untuk aku lakukan perubahan kecil ini .
Oh ya , berbalik kepada cerita pasal rezeki tadi . Rezeki yang aku maksudkan adalah aku menang contest . Haritu kakak aku ada tag aku kat satu contest kat Instagram . Butik Naila Naureen ada keluarkan dua jenis jubah baru dan jubah - jubah tu belum ada nama . So dorang tengan cari nama yang best untuk jubah dorang tu . Makanya aku join .
Alih - alih satu petang tu masa aku dalam LRT on the way balik dari kerja , akak aku call cakap aku menang . Yeayyyy !! Tak sangka betul .
Nama yang aku cadangkan , Jubah Ana Marea , dan jubah Ayra Bella .
Dan sekarang hadiah tu dah pun sampai . Alhamdulillah , suka sangat . 2 helai jubah Ana Marea , dan 2 helai jubah Ayra Bella .Aku ambik 2 helai , dan lagi 2 helai aku kasi kat akak aku . Rezeki harus di kongsi , tak begitu ? Jubah sekarang dah macam - macam pesen dah . Material yang diguna pun tak panas . Selesa sangat . Dulu aku fikir pakai jubah ni panas . But then bila dah try pakai , takde la panas pun . Tambah - tambah lagi mostly peniaga jubah sekarang guna material dull satin . Tak panas langsung okay . Selesa lagi ada la .
Moga dimurahkan rezeki pihak Naila Naureen .
Instagram Naila Naureen : @nailanaureen / http://instagram.com/nailanaureen
wah tahniah rezeki jgn di tolak yer..
ReplyDeletecantiknya..tahniah.. :)
ReplyDeleteCantik dan anggun dengan baju warna yang menarik hati
ReplyDeletesungguh bergaya jubah-jubah ni. tahniah dapat hadiah ni.
ReplyDeleteWah..bestnya.. Tahniah Emi..
ReplyDeleteCantiklah jubah ni..tapi tak tau nak bagi sape.. :(
ReplyDelete