Tuesday, September 30, 2014

#MYCyberSALE



Hai korang semua yang suka shopping ! Heee :D

Hari ni aku macam biasa la agak busy dengan macam - macam kerja yang dilambakkan kat aku . Nak online pun tak sempat noks . Sempat la jeling - jeling sket . Tapi tak sempat nak tinggalkan komen dekat blog rakan blogger semua . Tapi dalam sibuk - sibuk tu aku curi - curi jugak bukak Lazada dan beberapa website lain . Almaklum la , #MYCyberSALE tengah rancak berlangsung sekarang ni kan . Walaupun poket agak kering , ada hati nak menjeling . Huhu . Nasib la , belum gaji lagi . Iskkkkk .


Sale tengah banyak , sampai 90% kauuuu . Mahu tak melompat - lompat duet dalam wallet kan . Haha . Tadi tengok dekat NILE.COM ada satu jubah ni murah tahap nak arwah , RM9.90 sahaja . Baru je tengah excited , tetiba jubah tu dah OUT OF STOCK . Ini semua gara - gara #MYCyberSALE . Bukan rezeki namanya . Dekat LAZADA macam banyak sangat pulak sampai rasa macam malas nak scroll - scroll . Hihuuu .


Website apa lagi yang join buat #MYCyberSALE ni eh ? Mesti ada lagi yang aku tak tahu ni . Kalau korang tahu , silalah share :)

Monday, September 22, 2014

The Maze Runner.




Hey uolsss . Weekend haritu aku pergi tidur kat rumah Nad . Saje la , rindu kawan . Ewahhh , kembang semangkuk kalau Nad baca ni . Haha . Pastu semalam before aku balik , kitorang pi Wangsa Walk , tengok The Maze Runner . Bestttt , aku suka cerita ni , Banyak saspn jugak la cerita ni .

Mostly watak - watak dalam cerita ni aku suka la kecuali si Gally tu . Ishhh , nyampah . Biasa la , watak antagonist memang selalu dibenci . Haha . Annoying gila kot watak Gally tu . Newt aku suka , muka dia macam comel - comel je .


Selain dari watak utama , Thomas , aku paling suka si Minho tu . Macam cool aje aku tengok si Minho sepanjang dalam cerita tu kecuali time mula - mula yang dia tinggal Thomas & Alby dalam maze tu . Tapi yang tu jela yang tak cool . 


Eleyh , cool konon . Mengaku jela Emi , engkau tu memang berhantu sket dengan jejaka - jejaka Korea ni . Yang tak handsome pun boleh nampak handsome . Pengaruh cerita Korea betul . Haha . Tak sabar pulak nak tunggu sambungan nya . Confirm akan ada sambungannya ni cerita The Maze Runner . Takkan habis cenggitu je kan .


Okay lah , yang mana belum tengok lagi tu dipersilakan tengok cerita The Maze Runner ni .


Monday, September 15, 2014

Menang 2 helai jubah Ana Marea & 2 helai jubah Ayra Bella dari butik Naila Naureen.



Alhamdulillah , syukur sangat - sangat . Rezeki sekaligus sebagai pendorong untuk aku melakukan sedikit demi sedikit perubahan kepada diri aku . Cheewahh . Takde la perubahan apa sangat pun . Cuma sebagai seorang gadis , aku mahu sentiasa berusaha untuk improve diri aku  agar jadi lebih baik . Salah satu aspek ialah dari segi pemakaian . Tahun ni dah digerakkan hati aku untuk mula berpakaian lebih sopan dan manis .  Manis ke ? Haha  . Usia pun makin meningkat kan . Kalau dulu aku macam segan nak pakai jubah sebab aku rasa besar sangat macam kelawar . Tapi bermula tahun ni perlahan - lahan aku latih diri aku untuk ketepikan baju - baju yang kecik dan mula berjinak dengan jubah . Memang la apa - apa perubahan tak senang nak lakukan secara drastik . So biarlah perlahan pun , asalkan ada usaha di pihak aku sendiri . Asalkan aku tahu , hati aku benar - benar mahukan perubahan itu . Sekarang pun takde la aku pakai jubah / loose dress memanjang . Ishhh , jubah pun berapa helai je aku ada . Cuma seboleh mungkin aku elakkan pakai baju yang ketat - ketat . Tapi kadang - kadang terbabas jugak sebab tetiba kebelakangan ni aku rasa macam baju casual aku semua mengecil . Nak keluar pun macam takde baju pulak nak pakai . Especially t-shirt . Aku rasa macam kecik nya la hai t-shirt aku semua ni . So yang mana aku rasa takde la kecik sangat , aku still pakai . Tak pun aku pakai la cardigan kat luar . Moga - moga di tetapkan hati aku dan di permudahkan jalan untuk aku lakukan perubahan kecil ini .

Oh ya , berbalik kepada cerita pasal rezeki tadi . Rezeki yang aku maksudkan adalah aku menang contest . Haritu kakak aku ada tag aku kat satu contest kat Instagram . Butik Naila Naureen ada keluarkan dua jenis jubah baru dan jubah - jubah tu belum ada nama . So dorang tengan cari nama yang best untuk jubah dorang tu . Makanya aku join .



Alih - alih satu petang tu masa aku dalam LRT on the way balik dari kerja , akak aku call cakap aku menang . Yeayyyy !! Tak sangka betul .

Nama yang aku cadangkan , Jubah Ana Marea , dan jubah Ayra Bella .



Dan sekarang hadiah tu dah pun sampai . Alhamdulillah , suka sangat . 2 helai jubah Ana Marea , dan 2 helai jubah Ayra Bella .Aku ambik 2 helai , dan lagi 2 helai aku kasi kat akak aku . Rezeki harus di kongsi , tak begitu ? Jubah sekarang dah macam - macam pesen dah . Material yang diguna pun tak panas . Selesa sangat . Dulu aku fikir pakai jubah ni panas  . But then bila dah try pakai , takde la panas pun . Tambah - tambah lagi mostly peniaga jubah sekarang guna material dull satin . Tak panas langsung okay . Selesa lagi ada la . 

Moga dimurahkan rezeki pihak Naila Naureen .

Instagram Naila Naureen : @nailanaureen / http://instagram.com/nailanaureen