July 2014 - emilinda

Friday, July 18, 2014

Takziah MH17

July 18, 2014 3
Takziah MH17


Semalam tepat jam 12 tengah malam aku terus tidur . Mengantuk sangat . terus tak peduli nak scroll handphone ke apa ke . Sahur pun tak bangun sebab malam before ni aku tak tido langsung siapkan kerja . So semalam bila dah tidur tu memang tak sedar pape la . Pagi tadi pun akak aku kejut berkali - kali baru aku bangun . Time tengah iron baju nak pergi kerja , aku terdengar berita pasal MH17 ni kat astro awani . Aku ingat aku salah dengar . Tanya akak aku , dia mengiyakan . Sentap weyh . Rasa terkejut sangat . Pedihnya kehilangan MH370 masih menebal , sekarang MH17 pula menyusul . Tertanya sendiri , apa motif MH17 ditembak . Sampai ofis , aku scroll Facebook & other social media , baca regarding this . Seriously rasa nak nangis . Kenapa banyak sangat yang  terjadi dalam masa singkat ni . Apa nak jadi pada kita semua . Esok - esok kita tak tahu tragedi apa pulak bakal menimpa . Sungguh aku rasakan bahawasanya sekarang ni Malaysia dalam posisi terancam . Terancam oleh kuasa - kuasa negara luar . Seolah - olah Malaysia ni selalu dijadikan mangsa dan bila - bila masa kelak , tak mustahil perkara lagi teruk boleh terjadi . Yela , bila  negara ditimpa hal sebegini , maka makin senang la pihak luar nak ambik kesempatan terhadap negara kita . Ya Allah . Mintak jauh dari terjadi semua tu . Ye , aku ada terbaca kononnya ada pihak tersalah tembak pesawat MH17 sebab dorang ingat itu adalah pesawat perang . Dan aku rasakan itu sangatlah tak make sense . How come boleh tersalah ? Hati aku ni kuat untuk taknak percaya bahawasanya dorang tersalah tembak . Aku taknak la pepandai buat andaian . Apa yang aku tulis ni basically adalah apa yang bermain kat fikiran aku je . Bukannya nak buat theory ke apa ke . It just a thought , persoalan yang bermain - amin kat fikiran aku ni . 



Kesian sangat kat family mangsa . Dah la bulan Ramadhan ni , tak lama lagi raya . Tapi family dorang terpaksa berdepan dengan kehilangan yang menyayat hati ni . Ditembak . Pesawat dengan isi - isinya sekali meletup macam tu je . Sekelip mata je hilang nyawa . Ya Allah , moga Kau tempatkan mereka semua dalam kalangan orang beriman . Moga Kau tabahkan hati keluarga mereka . MH370 dan MH17 , kehilangan yang cukup besar sepanjang aku hidup kat Bumi Tuhan ni . Mintak jauh dari semua tragedi macam ni dari berlaku lagi . Ya Allah , Kau lindungilah kami semua .


Wednesday, July 16, 2014

TEASER : Doorgift Kahwin

July 16, 2014 1
TEASER : Doorgift Kahwin


Dalam kesibukan kerja dan kesibukan preparation untuk raya , aku jugak sedang sibuk dengan projek kahwin ni . Banyak lagi tak setel . Pasal doorgift ni , ini baru sikit . Kata pun teaser . later lepas dah habis majlis semua , aku akan buat satu entry pasal doorgift segala bagai ni . For now memang kesuntukan masa sangat . 

Kerja ofis melambak [ kerja sendiri + kerja orang lain lambakkan kat kita ]
Preparation raya [ baju , kasut , duit raya bla bla bla ]
Kerja kahwin [ doorgift + hantaran ]
Order dari customer [ Pretzel + Ephyra + Customized hand painted bag ]

Rasanya aku dah cukup busy sangat sekarang . masa tak pernah cukup . 



Oh ya , pasal kerja kahwin ni . . . jangan salah faham . Ini bukan wedding aku . tapi wedding abang aku . Orang lain yang nak kawen , aku yang terlebih excited siap volunteer nak incharge pasal doorgift & hantaran . pastu mula la tak cukup tangan . 



Till then , babai readers . 

Tuesday, July 15, 2014

Berbuka puasa di D'Kayangan Buffet Steamboat & BBQ

July 15, 2014 0
Berbuka puasa di D'Kayangan Buffet Steamboat & BBQ


Hari Sabtu yang lepas aku pergi berbuka puasa dekat D'Kayangan Buffet Steamboat & BBQ dekat Shah Alam . Kiranya ini merupakan buffet Ramadhan kedua bagi aku untuk tahun ni . Yang first dekat KLGCC last week , company belanja . Tapi yang tu memang aku tak buat review langsung , tak snap gambar langsung sebab battery phone aku flat time tu . Okei , yang D'Kayangan punya buffet ni aku pergi berempat , dengan kakak , abang ipar dan adik bongsu aku , Anak sedara aku Qaseh pun ada jugak , takkan nak tinggal pulak kan . Saja la aku nak belanja dorang ni sekali - sekala . Survey punya survey , aku decide nak try D'Kayangan ni lepas baca review dari a few bloggers like kak Filla , Irine , etc . Biasa lah , kalau baca review dari dorang ni memang gempak kemain la kan . Tengah puasa pun boleh menjejes air liur tengok gambar makanan yang dorang letak .

Sebelum tu sila hadap muka gembira aku yang tengah terbayang macam - macam makanan masa otw nak ke sana .


Kitorang sampai agak awal actually hari tu . So belum apa - apa lagi aku dah pusing - pusing tengok makanan yang dorang tengah hidang . Aku malas nak story banyak , tengok jela gambar . Ini pun tak banyak sangat gambar sebab aku tengok akak aku dah snap , so aku suruh je dia whatsapp gambar - gambar tu kat aku . Pemalas gila kan ? Hoho

Makanan kat bahagian sini aku tak sempat nak merasa sangat sebab masa aku nak ambik tu dah habis . Dorang macam tak refill je . Upset kejap . Kak Pilla cakap dorang refill , iskkk !!








Steamboat ni banyak jugak aku ambik . Pastu tak habis . Iskkk , membazir . Nyesal rasa . Bulan puasa pun membazir . Huhu .




Secara jujurnya dia punya kuih muih tak menepati selera aku sangat . Tapi takpe la , memang aku bukan penggemar kuih tradisional sangat pun .








Yang ni aku suka . Aku ni memang penggemar buah . Rasanya memang aku banyak makan buah malam tu , sebab rasa buah kan fresh , natural , sejuk gitu ha .










Ramai betul yang beratur nak ambik aiskrim ni . Aiskrim ni makanan paling last aku makan .

Maaplah , tak banyak gambar . Ada lagi yang aku takde gambar . Gambar masa tengah masak - masak dan makan pun langsung tak snap . Biasalah aku ni kalau dah jumpa makanan , handphone memang aku campak tepi . Tak kisah la makanan tu sedap ke tak sedap ke . ABC ada , berkali - kali aku tambah . Kambing ada . Itu makanan abang ipar aku . Tapi dorang macam tak refill la kambing tu . Ikan bakar pun akak aku cakap ada . Tapi kejap je , lepastu takde dah . Sikit sangat . Lauk pauk dan nasi , bihun goreng , nasi goreng pun ada . Air pulak , macam tak variety sangat . Ada lebih kurang 4 jenis air tak silap . Kordial anggur , oren , sirap bandung , pastu apa ntah satu lagi . 

Ada banyak jugak la menu . Tapi rasanya dorang boleh improve lagi kot . Macam lauk pauk , memang aku takde snap gambar , dan aku tak makan pun sebab bagi aku tak banyak sangat pilihan lauk pauk . Ada yang jenis macam kari ke amenda ntah , pastu  asam pedas blablabla . Dia punya lauk pauk tu cara masak macam style mamak sket la . Aku tak try pun sebab bila tengok nampak macam lauk pauk kat mamak so memang bukan selera aku la . Aku banyak makan steamboat & grill je malam tu . Nasi tak makan pun . Kenyang dengan benda alah yang grill - grill tu je . Memang fevret dari dulu . 


Overall secara jujurnya okay lah . Walaupun macam upset sikit sebab apa yang terhidang di depan mata tak seperti yang di baca di internet . But still , kalau nak makan dengan kawan - kawan or family , aku suggest boleh la ke sini . Mungkin time aku pergi tu salah timing kot , salah hari . Susunan meja pun macam terlalu padat sebab bulan puasa kan . Ramai yang datang .



Monday, July 14, 2014

Shopping raya.

July 14, 2014 0
Shopping raya.

Tadi ( disebabkan sekarang dah pukul 12 lebih , so kira semalam la ) , aku pergi beli baju raya sikit la kat sogo dan kawasan - kawasan sekitarnya . Aku pergi dengan adik bongsu , kakak dan abang ipar . Semalam dah pergi cari kat Shah Alam tapi tak jumpa yang berkenan . So hari ni pergi la try cari kat sogo pulak . Target utama adalah nak beli baju untuk mak dan ayah . Tahun ni first time beraya sebagai seorang yang dah bekerja , so mesti la nak belikan baju untuk mak ayah . Untuk ayah takde problem sangat sebab nak tak nak memang kena ambik saiz paling kecik for both baju & seluar . Well , my ayah memang kurus & bukanlah berbadan besar . We decided to buy him shirt instead of baju melayu sebab rasanya baju melayu ayah dah banyak . Ada yg dia tak pakai pun . Untuk ayah ni tak boleh beli kaler terang - terang , nanti dia taknak pakai . Done ayah punya , then nak cari emak punya pulak . Ini susah sikit . What should i buy ? Baju kurung or jubah or blouse or what ? Lepas pusing - pusing , decide nak belikan jubah untuk mak . Lagipun dah berkenan satu pattern jubah ni untuk mak . Lagi satu problem bila nak pilih saiz . Coz mak bukan jenis yang kurus kering macam ayah . Last - last pilih M size . Balik rumah , aku try la kat badan sendiri . Omooo , padan la ! That's my size ! Seriously masa kat kedai nampak besar kot . Dah gelabah dah . Terus call mak , tanya ukuran baju dia . Okey , fine . Memang mak tak padan . Lusa cuti nuzul al-Quran . Hope sangat - sangat tuan punya kedai tu bagi tukar saiz . Plan selasa nanti nak pergi tukar . Kalau tak boleh tukar , makanya bertambah satu lagi baju raya aku . Untuk mak kena cari yang lain . Huhuuu

P/s : sempat beli satu beg untuk diri sendiri tadi . Beg raya la konon . Bila dah balik rumah , rasa macam tak cantik pulak . Huhuuuu

Wednesday, July 9, 2014

Raya mendekat

July 09, 2014 1
Raya mendekat



Cepatnya rasa masa berlalu . Dah menghampiri pertengahan Ramadhan . How's raya preparation ? Biasa - biasa saja . Hari - hari busy dengan kerja kat ofis . After raya nanti my brother kawen . So i'm incharge pasal doorgift & deco - deco sesiket . Mostly kitorang buat sendiri je doorgift tu . Penat ? Memang pun . . tapi puas hati la . InshaAllah sempat siap  before raya . Keje kat ofis banyak , pastu duk stress melayan kerenah client . Pffftttt !! Macam - macam perangai manusia ni . Rasa nak berhenti kerja pun ada . Tapi camne nak hidup nanti kalau takde salary . Bulan Ramadhan ni bos kasi balik jam 4.30 petang . Baju raya ? Setakat ni beli baju yang dah siap sebab takut tak sempat siap kalau suruh mak jahit . Lagipun mak macam kurang sihat lately ni  . . so taknak la bebankan dia . Raya tahun ni first time beraya sebagai someone yang dah bekerja . Kena la prepare duet raya for the kids . And ingat nak belikan baju untuk mak dan ayah . InshaAllah . Not sure gaji bulan ni sempat masuk before raya or not .

Eh , mengantuk pulak . Babai . Sembang next time . Oh ye , maaf andai jarang update . Busy .

Tuesday, July 8, 2014

Homesick??

July 08, 2014 0
Homesick??
Tadi petang lepas berbuka puasa , adik bongsu aku call .
" Kak mi , adik ingat taknak tinggal kat asrama la . Boleh ? "
Terkejut pulak . Alahai , kesian pun ada . Dah besar panjang , tapi tak pernah berjauhan dari rumah . Lelaki pulak tu .  Homesick la tu . Kesian . Tapi nak buat camne . Mana boleh tak duk asrama . Takkan la hari - hari abang aku nak pergi hantar & ambik dia dari kelas kot . Yess , tempat dia belajar tu tak jauh pun . Kalau jalan tak penuh sesak , within 10 mins by car dah sampai . Tapi faham jela KL ni , jalan sesak pepagi & petang . Lagipun semua orang kerja , mmg takde orang nak hantar ambik dia . Dia dah besar , sampai bila nak macam tu kan . Rasanya ini la masa yg tepat untuk dia belajar berdikari . Masa dia call tu aku marah jugak la . Then malam sket aku text dia balik sebab rasa bersalah pulak marah - marah macam tu . Aku text baik - baik cakap tak boleh . Bertahan la kat sana , nanti lama - lama okay . Aku faham sangat apa yg dia rasa . Aku pun pernah lalui , masa memula tinggal kat asrama masa form 1 dulu .
Dia tu tak pernah berjauhan dari rumah . Tak pernah jauh dari mak ayah . Entah la . Sehari lepas adik aku start duk asrama , mak demam . Sampai skrg , masih demam . Risau pulak kita . Huhu . Mak rindu anak bongsu dia ke ?
Harap - harap mak ayah sihat - sihat saja . Harapnya adik aku tu dpt cepat adapt dengan life kat situ .

Saturday, July 5, 2014

"Past Experience-Future Learning". Jom ke Conference Rasyidun Caliph 2014

July 05, 2014 0
"Past Experience-Future Learning". Jom ke Conference Rasyidun Caliph 2014


Pada 28 June 2014 yang lepas , aku dan beberapa rakan blogger ada menghadiri  soft launching untuk satu program Islamic Conference yang diberi nama Rasyidun Caliph 2014 . Soft launching tu bertempat di NZ Garden Cafe (KLCC) Jalan Ampang . No problem nak pergi situ sebab dekat je dengan office . 



Persidangan yang dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd ini akan berlangsung pada 30 Ogos 2014 bertempat di Dewan Merdeka (PWTC) Kuala Lumpur . Persidangan Rasyidun Caliph 2014 ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat terutama pada golongan bukan muslim tentang apakah erti dan nilai - nilai Islam . Persidangan ini juga memfokuskan kepada elemen persepsi dan pandangan masyarakat terhadap Islam pada hari ini yang sering menjadi isu seperti bagaimana kefahaman tentang Islam dan bagaimana ajaran Islam dipraktikkan . Banyak persoalan yang bermain difikiran kita tentang Islam bakal terjawab di Persidangan Rasyidun caliph 2014 nanti . Tema persidangan ini adalah "Past Experience - Future Lesson " . 3 topik utama yang bakal diketengahkan adalah Righteous Caliph ( Khalifah Soleh ) , Rightly Guided ( Mendapat Petunjuk ) , dan Righteously Guided ( Bimbingan Yang Adil )


Oh ye , persidangan ini bakal menampilkan 6 orang panel penyampai terkenal dari pelbagai negara dan berbeza latar belakang . Banyak yang akan merekan kongsikan pada persidangan itu nanti . 6 orang panel jemputan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang dimaksudkan itu adalah :


Persidangan ini diadakan bukan sahaja untuk masyarakat beragama Islam . Tetapi juga untuk semua golongan termasuk yang bukan beragama Islam . Ianya adalah persidangan yang diadakan untuk berkongsi ilmu tentang Islam , untuk memberi kefahaman yang tepat tentang Islam kepada semua lapisan masyarakat . Jadi semua individu dialu - alukan untuk menyertai persidangan ini .


Harga tiket untuk Conference Rasyidun Caliph 2014 ini adalah RM200 . Tetapi , ada diskaun untuk 300 peserta terawal . So 300 peserta terawal hanya perlu membayar RM150 sahaja untuk menghadiri conference yang sangat bermanfaat ini . Berbaloi - baloi sangat ha . So apa tunggu lagi , cecepat la beli tiket tu so that boleh dapat harga discount . Nak beli tiket boleh direct pergi kat page pihak penganjur , Tathweer Sdn Bhd .


BELI TIKET DISINI


Thursday, July 3, 2014

Keluhan.

July 03, 2014 2
Keluhan.


Aku tak tahu kenapa malam ni aku rasa tahap kesabaran aku dah tak mampu aku pujuk - pujuk lagi . Aku rasa nak maki orang . Aku rasa nak nangis . Aku rasa nak jerit . Argghhhhhhhhh tension la berurusan dengan manusia ni . Aku suka kerja kat situ , suka kerja dengan bos - bos aku tu . Tapi aku tak suka nak berdepan dengan client yang banyak songeh yang cerewet tahap nak arwah , yang semua benda nak ikut kepala dia semata . Kau ingat kau tu sape . Semua benda nak ikut kepala kau je , semua nak kasi senang keje kau je . Ewahhh , kau bayar aku gaji ke nak buat semua tu . No wonder la selama keje situ macam - macam makian aku dengar dari mulut bos . Rupanya macam ni perangai dan sikap client . Ya Allah , tak suka nya aku nak berurusan dengan orang macam ni . Seriously hilang mood aku malam ni . 


Bye . Aku dah takde mood nak buat pape . Put all the blame to fussy client , Encik J . 

Tak produktif.

July 03, 2014 0
Tak produktif.
Ramadhan kali ni, aku rasakan life cycle aku sangat tak productive. Kerja aku jadi menimbun-nimbun tak siap. Quality kerja merosot (cheewah macam la selama ni bagus sangat kan). Yela, masuk office macam biasa pukul 9. Selalunya lepas Zohor baru dapat task-task baru sebab bos-bos selalunya masuk keje lepas Zohor. Pastu pukul 4.30 dah gegas-gegas nak balik. Bape jam la sangat masa untuk buat keje . Itu pun aku dah minimize kan sangat buat benda tak berfaedah lain . Online pun tak sempat . Sampai rumah dah penat - penat  , prepare untuk break fasting . Kalau akak aku yang masak , of course aku yg kena layan si kecik Qaseh Izz Zara . Malamnya pukul 10 aku dah tak mampu celik mata dah . Takdenya nak stay up siapkan keje macam selalu . Bulan puasa ni memang cepat mengantuk . Huaaaaa . . . Nampaknya aku kena buat sesuatu untuk adjust waktu aku .

Wednesday, July 2, 2014

First time si bongsu tinggal di asrama.

July 02, 2014 1
First time si bongsu tinggal di asrama.


Semalam aku tak kerja . Cuti sebab semalam adik bongsu aku daftar masuk ILP . First time dia berjauhan dari rumah uols . Heheh . Fyi , adik bongsu aku ni tak pernah stay kat asrama . Kalau dia datang jalan - jalan KL or memana pun , kejap sangat . Almaklum tak pernah berjauhan dengan mak ayah . Adik aku yang lagi sorang pun dulu study kat ILP . Sekarang dah nak start praktikal . And he's doing good in his study . What I mean is , dia minat dan bagi komitmen dengan apa yang dia belajar tu . Nampak la dia makin serious dengan masa depan dia . Dulu pernah masukkan dia kat college kejap , ambik course ape ntah yang pastinya course yang memerlukan banyak membaca . Pastu dia quit sebab tak suka course tu . Faham - faham aje la , budak lelaki mostly memang lagi suka belajar something yang ke arah teknikal berbanding dengan course yang memerlukan dorang membaca segala bagai tu . Alhamdulillah , bila masukkan dia ke ILP , nampak perubahan dalam diri dia . Makin serious dengan study & masa depan . Well , ILP kan tak macam IPTA . Kat ILP , dorang tak diberi kebebasan macam kat IPTA or IPTS . Kat ILP lebih menitikberatkan disiplin disamping pembelajaran yang betul - betul teknikal . So that's why my family sebulat suara memang setuju hantar si bongsu ni belajar kat ILP jugak . Tapi ILP yang berbeza la . Yang dulu dekat Pasir Gudang , this one dekat KL je . Yela , family kitorang kan . . kenal sangat la perangai masing - masing . Si bongsu ni rasanya tahap pemalas dia terhadap subjek - subjek membaca ni memang lagi kritikal berbanding adik yang lagi sorang . Harap - harap dia tak persiakan peluang yang diberi ni .


So , semalam masa kitorang dah nak balik rumah tu , dah nampak dah muka si bongsu ni redup semacam je . Haha . Sedih lettew nak berpisah dengan semua orang . Petang sket , dia call cakap bosan . Orientasi tak start lagi . Semua orang dia call . Aku , mak , kakak . . haha . Pastu siap pesan lagi , ingat weekend ni nak suruh abang pergi ambik dia . Nak balik . Lol . Haha . Dekat je ILP tu dari rumah abang dan kakak aku . Kalau jalan tak sesak , tak sampai 15 minit pun nak ke sana . Hopefully he's doing okay kat sana . Risau jugak , yela dia tu tak pernah tinggal kat asrama . Tadi malam entah bangun sahur entah tak . Soal makan sedap ke tak tu tak risau sangat sebab adik aku yang ni bukan jenis yang memilih kalau makan . Tak tahu la kot - kot tak selera makan sebab homesick . Lagi kesian bila aku call akak aku kat kampung . Dia cakap anak dia si Zakwan tu mengigau - ngigau panggil Paksu dia . Rindu lah tu . Dia memang rapat sangat dengan Paksu dia .