Tengah scroll timeline Facebook , ternampak gambar ni . Terus tersebak sendiri . Terharu . Gambar ni betul - betul buat hati terharu . Dalam usia 9 tahun , si abang sudah mampu berfikir dengan matang . Tak panik . Kalau dia panik , mungkin dia akan tinggalkan je adik dia tu dan lari sorang - sorang . Tapi mungkin kerana rasa kasih yang menebal dalam diri seorang abang , buatkan dia terus dukung adik yang baru 4 bulan tu . Tak peduli penat lenguh semua . Sangat protective . Di usia sekecil ni dah tahu bertanggungjawab terhadap adik - adik .
Nanti bila dorang dah besar kelak , kalau si adik ni tengok gambar ni mesti dia rasa terharu sangat - sangat . Kita orang luar yang tengok pun rasa terharu siap boleh TERmenangis sorang - sorang kat ofis . Betapa besar kasih sayang antara abang dan adik . Iskkk . Terus teringat kat adik beradik sendiri . Walau kadang - kadang gaduh dan tak puas hati , dalam hati tetap sayang . Anything happen , semua bersatu protect each other . Soal sikap dan perangai tu biasa la , ada yang mengada lebih , ada yang perangai pelik sikit dari yang lain . But still , we are siblings . Lahir dari perut yang sama . Dibesarkan oleh tangan yang sama . Ikatan kasih sayang tu kuat . Betul lah , air dicincang takkan putus .
Teringat anak sedara aku . Isya & Danish . Isya ni pesen sayang dekat adik - adik . Dan berjiwa lembut sikit . Cepat sentap , touching , sedih . Danish tu pulak biasa la budak laki kan , ganas sikit . Lagipun Danish ni baru 4 tahun , budak - budak sangat lagi . Macam Isya dah besar , 7 tahun . . . dah mula faham macam - macam . Haritu dorang gaduh pasal apa ntah . Normal la kan . . pastu si Danish siap tunjal - tunjal Isya dengan kaki , hampir terhantuk dekat bucu meja . Dah la si kakak tu kurus keding . Aku marah la Danish tu . Terus Isya menangis sedih . Sedih la adik buat dia macam tu kan . Pastu aku lecture la si Danish tu sikit .
" Danish sayang kakak kan ? Tak baik buat kakak macam tu . Dah la kakak tu kurus "
Danish yang tengah bengang laju je cakap , " Tak . Danish tak sayang kakak ! " .
Apa lagi , makin kuat la si Isya tu nangis . Hati tisu kan . Aku paham . Sedih agaknya bila adik cakap tak sayang dia . Walhal Isya ni aku ingat lagi masa Danish mula - mula boleh jalan dulu , selalu duk pimpin tangan Danish tak bagi jatuh . Suka tengok dorang time tu . Nampak sweet je . Nampak la kasih sayang dua beradik tu ha . Pastu kalau Danish nangis kena marah , kadang - kadang terus dia jalan pergi dekat Isya sambil depa kan tangan nak peluk Isya sambil cakap "tatakkkk " ( pelat kan . Kakak jadi tatak . Haha ) . Mengadu kat kakak . Selagi kakak tak pujuk selagi tu tak diam . Aku ingat lagi . Teman bergaduh teman mengadu orang kata . Kuat betul ikatan adik beradik sebenarnya . Kat mana - mana pun , memang macam tu . Sejahat mana dia buat kat kita , kita tetap akan sayang teramat kat adik beradik kita tu . Seburuk mana kita duk kutuk - kutuk dia sebab sakit hati dan tak puas hati , yang tu jugak la yang sentiasa ada bila kita dah takde sesapa . Iskkk .
Isya dan Danish
Aku pun , semua family member aku memang aku sayang sangat - sangat . Anything happen kat dorang , aku turut terasa pedih . Yang pesen nak menang dalam semua benda pun aku sayang . Yang pesen suka atur hidup orang lain pun aku sayang . Yang jenis berkira pun aku sayang . Yang jenis buat hal sendiri pun aku sayang . Apatah lagi yang sentiasa ambik berat . Semua aku sayang . Isk , TERemo pulak petang - petang ni . Nasib baik bos keluar pergi meeting .
tahu xpe..sy xbce pon berita tu just tgk pic pn rsa sebak..nmpk sgt abg tu syg adiknye..alhamdulillah keduanya slmt.mjr penculik tu lepaskan dorg
ReplyDeleteTengok gambar tu pun dah menunjukkan sayang abg terhadap adiknyaa. Bagus budak ni. Ya Allah
ReplyDelete