Sunday, June 22, 2014

Anak amanah Allah, bukan beban sama sekali.



Ada baca tak berita pasal remaja OKU 15 tahun dijumpai kurus kering macam mayat hidup tu ? Ya Allah , berkali - kali aku google pasal tu . Bila tengok gambar dia , rasa tak sampai hati sangat - sangat . Sayu je . Memang tak sanggup aku nak letak gambar dia kat blog aku ni . Sampainya hati mak dia biarkan dia macam tu . Itu anak dia kot . Darah daging dia . Aku sendiri yang belum kawen belum punya anak , ada rasa sayang terhadap kanak - kanak . Tak payah nak tunggu anak sendiri untuk kita sayang . Anak orang lain pun , dah namanya budak memang patut kita sayang . Anak - anak sedara aku sendiri , memang aku dah anggap macam anak sendiri . Rasa sayang tu memang tak boleh dipertikaikan . Anything happen kat dorang , air mata aku ni yang turut sama menjejes keluar , hati ni turut sama  meraung . Kerana mereka semua kanak - kanak , tak salah apa - apa . Semua nya suci je . . . sejuk hati bila dekat dengan dorang . Aku tak faham , macam mana boleh wujud manusia yang tak suka budak - budak kat dunia ni . Sungguh aku tak faham . 

Tak tahu la . Aku takde la nak blame mak budak tu terus - terusan . Kita tak tahu perkara sebenar yang menimpa dorang . Tapi as a human , apatah lagi sebagai seorang emak . . . tak sedih ke dia bila anak dia hidup macam tu ? Hidup sehari - harian terkurung dalam bilik kotor macam tu , baju tak bertukar . Entah mandi entah tak . Berak kencing tak berbasuh . Makan dah tentu - tentu tak cukup . Sampai kurus kering tinggal tulang macam tu . Sanggup dia tengok darah daging dia dalam keadaan macam tu ? Susah macam mana sekalipun , mana perginya kemanusiaan ? Ya Allah . Memang aku tak faham betul . Kalau budak tu dikurung diperlaku sebegitu rupa oleh orang luar atau penculik , aku masih boleh faham . Tapi dia diperlakukan sebegitu oleh emak dia sendiri ? Ya Allah , apa nak jadi dengan dunia ni . Hilang sudah kemanusiaan . Patutnya dia sebagai ibu yang tentu - tentunya tahu anak dia yang tu kurang upaya , should be dia beri lebih perhatian pada si anak tu tak kisah lah susah macam mana pun hidup dia . Bagi aku , kejadian yang emnimpan remaja OKU ni boleh kita kategorikan sebagai PARENTING FAIL . Sangat kejam .


Rasa syukur sangat aku dikelilingi oleh insan - insan yang masih punya rasa kasih dan perikemanusiaan . Syukur dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang . Rasa syukur sangat insan - insan terdekat aku masih dipelihara oleh Dia . Ya Allah , terus lindungi kami . 

1 comment:

  1. Hakikat Dan lumrah manusia. Saya secara peribadinya pernah merasai bagaimana menjaga seorang oku yang lumpuh yakni arwah adik saya selama lbh krg 6 thn sehinggalah beliau menghembus nafas terakhir pada tahun lalu. Memang tidak dinafikan akan tahap kesabaran yg kita perlu ada amatlah tinggi untuk menjaga beliau namun cuba kita bayangkan jikalau kita yang berada di tempat mereka, sudah tentunya kita ingin dilayan dan dijaga sebagai seorang manusia bukan sebagai seekor binatang..maaf jika terkasar bahasa....

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.