Sunday, June 29, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan


Korang layan tak drama TV3 petang - petang , Kerana Terpaksa Aku Relakan ? Aku memula takde la layan sangat . Tapi bila dah start tengok tu , rasa taknak skip satu episod pun . Actually kalau ikutkan , office hour aku habis pukul 6 so selalunya pukul 7 lebih baru sampai rumah . Memang tak sempat pun ank follow dari awal . So kebiasaannya aku akan tengok online bebila aku free . Sukalah gabungan Izreen Azminda dengan Amar Baharin tu . Seriously aku bukanlah peminat Amar Baharin pun dulu - dulu . Tapi lepas tengok cerita ni , TERminat pulak . Baru perasan , manis pulak bila dia senyum . *fangirl mode is ON* . Izreen Azminda pulak bagi aku dia tu memang antara artis yang agak hebat lakonan dia . Watak kelam kabut dia tu memang buat cerita tu lagi best . Tengok aje la masa dia bawak watak Melly dalam cerita Tentang Dhia dulu . Memang menjadi kot . Watak jahat menjadi , watak baik pun menjadi . Novel Kerana Terpaksa Aku Lepaskan memang aku tak pernah baca pun . Apa ke nama adik Zen tu , Tajul Fahin kan ? Eh menyampah pulak rasa . Now pun aku dah makin menyampah dengan watak ex tunang Indah tu . Tapi kalau scene Indah & Abang Zen , memang senyum sorang - sorang aku ha . Hahaha . Sweet sangat dorang ni . Aku pulak yang rasa excited terlebih . Baguslah , dorang berdua ni berjaya bawak watak dengan sangat baik . Kalau in real life si Izreen dengan Amar tu memang betul - betul bercinta pun nampak sepadan sangat .


Sama cantik sama padan



Disebabkan aku punya la suka sangat cerita ni , few days back masa pergi Alamanda aku terus rembat novel dia . Heheh . Lagipun guna baucer buku , so memang tak fikir panjang . Puas hati rasanya . But then aku terfikir , bila masa pulak aku free untuk baca novel ni ?





Uh maiiii . . sukanya itteww :P 




Ramadhan 2014



Hari ni dah bermula hari pertama puasa . Selamat berpuasa di ucapkan kepada semua pembaca blog ini . Alhamdulillah , dipanjangkan usia . . sempat merasa sekali lagi Ramadhan . Kali ni Ramadhan disambut sebagai seorang yang sudah bekerja . Selalu sambut Ramadhan dengan status student lagi . Flashback 2 tahun berturut - turut sebelum ni , teman bersahur dan berbuka aku adalah Nad . Ramadhan 2012 , berpuasa dekat asrama Taman Universiti , UTHM . Time tu sebilik dengan Nad , short sem . Time sahur bangun pergi beli nasi untuk sahur dekat pakcik yang jual lauk pauk dekat tepi hostel tu . Situ memang murah . Bukak puasa pun kadang - kadang beli dari dia . Ramadhan 2013 , puasa kat UMS , Sabah . Time tu join program Infosys . Pun all the time dengan Nad la . Makanan disediakan , tapi kurang menyelerakan sikit . Tahun ni bukan dengan Nad dah . Mungkin boleh la sekali sekala ajak Nad berbuka sama memandangkan Nad pun keje kat KL jugak . Tapi most of the time tahun ni akan berbuka dan bersahur dengan kakak . Almaklum la , aku masih tinggal dengan kakak buat masa sekarang ni . Ramadhan kali ni mungkin agak penat sikit . Penat sebab pergi dna balik kerja naik LRT . Tapi takpe la :)


Moga Ramadhan kali ni membawa banyak perubahan  terhadap diri ini dan insan - insan kesayangan . Moga memebawa keberkatan kepada semua .


Wednesday, June 25, 2014

Kuatnya ikatan kasih sayang adik-beradik.


Tengah scroll timeline Facebook , ternampak gambar ni . Terus tersebak sendiri . Terharu . Gambar ni betul - betul buat hati terharu . Dalam usia 9 tahun , si abang sudah mampu berfikir dengan matang . Tak panik . Kalau dia panik , mungkin dia akan tinggalkan je adik dia tu dan lari sorang - sorang . Tapi mungkin kerana rasa kasih yang menebal dalam diri seorang abang , buatkan dia terus dukung adik yang baru 4 bulan tu . Tak peduli penat lenguh semua . Sangat protective . Di usia sekecil ni dah tahu bertanggungjawab terhadap adik - adik . 


Nanti bila dorang dah besar kelak , kalau si adik ni tengok gambar ni mesti dia rasa terharu sangat - sangat . Kita orang luar yang tengok pun rasa terharu siap boleh TERmenangis sorang - sorang kat ofis . Betapa besar kasih sayang antara abang dan adik . Iskkk . Terus teringat kat adik beradik sendiri . Walau kadang - kadang gaduh dan tak puas hati , dalam hati tetap sayang . Anything happen , semua bersatu protect each other . Soal sikap dan perangai tu biasa la , ada yang mengada lebih , ada yang perangai pelik sikit dari yang lain . But still , we are siblings . Lahir dari perut yang sama . Dibesarkan oleh tangan yang sama . Ikatan kasih sayang tu kuat . Betul lah , air dicincang takkan putus . 

Teringat anak sedara aku . Isya & Danish . Isya ni pesen sayang dekat adik - adik . Dan berjiwa lembut sikit . Cepat sentap , touching , sedih . Danish tu pulak biasa la budak laki kan , ganas sikit . Lagipun Danish ni baru 4 tahun , budak - budak sangat lagi . Macam Isya dah besar , 7 tahun . . . dah mula faham macam - macam . Haritu dorang gaduh pasal apa ntah . Normal la kan . . pastu si Danish siap tunjal - tunjal Isya dengan kaki , hampir terhantuk dekat bucu meja . Dah la si kakak tu kurus keding . Aku marah la Danish tu . Terus Isya menangis sedih . Sedih la adik buat dia macam tu kan . Pastu aku lecture la si Danish tu sikit . 

" Danish sayang kakak kan ? Tak baik buat kakak macam tu . Dah la kakak tu kurus "
Danish yang tengah bengang laju je cakap , " Tak . Danish tak sayang kakak ! "

Apa lagi , makin kuat la si Isya tu nangis . Hati tisu kan . Aku paham . Sedih agaknya bila adik cakap tak sayang dia . Walhal Isya ni aku ingat lagi masa Danish mula - mula boleh jalan dulu , selalu duk pimpin tangan Danish tak bagi jatuh . Suka tengok dorang time tu . Nampak sweet je . Nampak la kasih sayang dua beradik tu ha . Pastu kalau Danish nangis kena marah , kadang - kadang terus dia jalan pergi dekat Isya sambil depa kan tangan nak peluk Isya sambil cakap "tatakkkk " ( pelat kan . Kakak jadi tatak . Haha ) . Mengadu kat kakak . Selagi kakak tak pujuk selagi tu tak diam . Aku ingat lagi . Teman bergaduh teman mengadu orang kata . Kuat betul ikatan adik beradik sebenarnya . Kat mana - mana pun , memang macam tu . Sejahat mana dia buat kat kita , kita tetap akan sayang teramat kat adik beradik kita tu . Seburuk mana kita duk kutuk - kutuk dia sebab sakit hati dan tak puas hati , yang tu jugak la yang sentiasa ada bila kita dah takde sesapa . Iskkk . 

Isya dan Danish


Aku pun , semua family member aku memang aku sayang sangat - sangat . Anything happen kat dorang , aku turut terasa pedih . Yang pesen nak menang dalam semua benda pun aku sayang . Yang pesen suka atur hidup orang lain pun aku sayang . Yang jenis berkira pun aku sayang . Yang jenis buat hal sendiri pun aku sayang . Apatah lagi yang sentiasa ambik berat . Semua aku sayang . Isk , TERemo pulak petang - petang ni . Nasib baik bos keluar pergi meeting .

Monday, June 23, 2014

Tutorial Letak InstaVideo di Blog Entry



Fuyyoo . . . macam hebat je kan siap nak buat tutorial bagai nih . Haha . Okei , actually selama ni aku tak pernah tahu macam mana caranya nak letak instavideo kat blog entry . In fact , aku tak tahu pun benda alah tu boleh diletakkan dalam entry blog . Kalau korang baca entry aku yang pasal join Treasure Hunt Ephyra tu , haaa . . kat entry tu ada aku taruk instavideo . Kalau tak baca lagi entry tu , boleh baca kat SINI . Masa nak buat entry tu , aku ada la baca entry blogger lain yang join jugak Treasure Hunt tu . Dalam entry dorang ada taruk instavideo . So aku macam , "camne dorang boleh letak benda alah ni ek . Takkan la copy paste je . " . So aku pun rajin kan diri google sana , google sini . Akhirnya aku berjaya taruk instavideo kat entry blog . *Terasa hebat kejap time tu . Puiii *


Langkah 1 : 
Bukak browser , taip https://instagram.com . Login instagram korang pakai PC / Laptop . Mesti ada yang jakun tak tahu bahawasanya instagram ni boleh di bukak pakai laptop , kan ? Baik ngaku cepatttt ! Haha . Aku dah lama tahu . *sukahati kau je nak cakap orang jakun*


Langkah 2 :
Klik VIEW PROFILE , maka akan terpapar korang punya instagram profile .




Instagram aku . Sila follow kalau anda comel : @bearyblossom .


Langkah 3 :
Bukak mana - mana instavideo yang korang nak letak tu . Pastu kalau korang perasan dekat bahagian komen tu , bawah dia ada 3 titik . Haaa . . . tekan kat situ .


Bila korang dah tekan titik - titik tu , akan keluar perkataan EMBED macam gambar kat bawah ni . Korang klik je perkataan EMBED tu .




Langkah 4 :
Akan keluar paparan macam kat bawah ni .

Dah keluar code tu , korang COPY code tu . Lepastu dah boleh tutup instagram korang tu .


Langkah 5 :
Bukak entry korang yang belum siap lagi gara - gara tak tahu nak masukkan instavideo tu , pastu klik HTML . then PASTE je html code yang korang copy tadi tu . Make sure korang check bebetol location yang korang nak paste tu so that dia keluar cantik je dekat paraghraph yang korang nak tu .



Langkah 6 : 
Lepastu klik COMPOSE balik . Then siap lah . Makanya akan keluar la instavideo tu kat entry korang bila dah publish nanti .



Okei , dah . Harap bermanfaat tutorial ni untuk sesape yang tak tahu nak letak instavideo kat entry .

Sunday, June 22, 2014

Anak amanah Allah, bukan beban sama sekali.



Ada baca tak berita pasal remaja OKU 15 tahun dijumpai kurus kering macam mayat hidup tu ? Ya Allah , berkali - kali aku google pasal tu . Bila tengok gambar dia , rasa tak sampai hati sangat - sangat . Sayu je . Memang tak sanggup aku nak letak gambar dia kat blog aku ni . Sampainya hati mak dia biarkan dia macam tu . Itu anak dia kot . Darah daging dia . Aku sendiri yang belum kawen belum punya anak , ada rasa sayang terhadap kanak - kanak . Tak payah nak tunggu anak sendiri untuk kita sayang . Anak orang lain pun , dah namanya budak memang patut kita sayang . Anak - anak sedara aku sendiri , memang aku dah anggap macam anak sendiri . Rasa sayang tu memang tak boleh dipertikaikan . Anything happen kat dorang , air mata aku ni yang turut sama menjejes keluar , hati ni turut sama  meraung . Kerana mereka semua kanak - kanak , tak salah apa - apa . Semua nya suci je . . . sejuk hati bila dekat dengan dorang . Aku tak faham , macam mana boleh wujud manusia yang tak suka budak - budak kat dunia ni . Sungguh aku tak faham . 

Tak tahu la . Aku takde la nak blame mak budak tu terus - terusan . Kita tak tahu perkara sebenar yang menimpa dorang . Tapi as a human , apatah lagi sebagai seorang emak . . . tak sedih ke dia bila anak dia hidup macam tu ? Hidup sehari - harian terkurung dalam bilik kotor macam tu , baju tak bertukar . Entah mandi entah tak . Berak kencing tak berbasuh . Makan dah tentu - tentu tak cukup . Sampai kurus kering tinggal tulang macam tu . Sanggup dia tengok darah daging dia dalam keadaan macam tu ? Susah macam mana sekalipun , mana perginya kemanusiaan ? Ya Allah . Memang aku tak faham betul . Kalau budak tu dikurung diperlaku sebegitu rupa oleh orang luar atau penculik , aku masih boleh faham . Tapi dia diperlakukan sebegitu oleh emak dia sendiri ? Ya Allah , apa nak jadi dengan dunia ni . Hilang sudah kemanusiaan . Patutnya dia sebagai ibu yang tentu - tentunya tahu anak dia yang tu kurang upaya , should be dia beri lebih perhatian pada si anak tu tak kisah lah susah macam mana pun hidup dia . Bagi aku , kejadian yang emnimpan remaja OKU ni boleh kita kategorikan sebagai PARENTING FAIL . Sangat kejam .


Rasa syukur sangat aku dikelilingi oleh insan - insan yang masih punya rasa kasih dan perikemanusiaan . Syukur dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang . Rasa syukur sangat insan - insan terdekat aku masih dipelihara oleh Dia . Ya Allah , terus lindungi kami . 

Saturday, June 21, 2014

Menyenangkan hati kanak - kanak.

Tadi tengah scroll timeline Facebook , tetiba terbaca ini :



Aku kira ini merupakan perkongsian yang sangat bermanfaat untuk semua . Paling menarik perhatian aku adalah fakta no 5 . Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang - barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya , nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak . Tersenyum sendiri aku bila baca ni . Terus teringat dekat emak . Fakta no 5 tu sangat mencerminkan emak aku . Dari kitorang kecik lagi , kalau mak keluar ke mana - mana , confirm bawak balik something untuk anak - anak . Walaupun kadang - kadang hanya gula - gula sebiji sorang , mak takkan lupa belikan something untuk anak - anak . Pasti ada . Kadang - kadang kek Apollo , kadang - kadang aiskrim poli pong , kadang roti . Dengar aje enjin motor mak atau suara mak , gegas - gegas kitorang pi tunggu kat pintu . " Mak beli ape? " . Alahai . . rindunya zaman budak - budak dulu . Dan sebenarnya sampai sekarang pun mak masih macam tu . Anak dah besar panjang pun , kalau mak keluar wajib bawak balik something untuk anak - anak dan cucu - cucu . Mungkin sebab dibesarkan oleh mak yang macam tu , aku sendiri terikut - ikut dalam hal ni . Kalau weekend aku keluar dengan kawan or pergi mana - mana , mesti sepanjang kat luar tu aku duk terfikir nak beli apa untuk si Qaseh kat rumah tu . Rasa bersalah pulak kalau tak abwak balik apa - apa . Especially sekarang ni Qaseh dah besar , dah boleh makan macam - macam . Budak - budak biasa la , happy bila dapat something . So kita yang dewasa ni rasa puas hati dapat buat dorang happy . Bermakna sangat - sangat bila tengok face expression dorang bila dapat buah tangah .


Okei , itu je nak bebel di petang Sabtu ni :)

Wednesday, June 18, 2014

Banyak.



Banyak .
Ada banyak sangat benda yang aku nak buat .
Banyak idea kat kepala aku ni .
Especially regarding business .

Aku nak luaskan lagi bisnes Zara Pretzel .
Aku nak dapatkan lebih ramai customer Ephyra .
Aku nak buat bisnes sticker printing & craft .
Aku nak buat branding sendiri untuk hijab . New business in mind . A unique one .
Aku dengan rela hati nak tolong deco - deco & preparation abang nak kawen .
Aku nak buat semuanya sendiri . Doorgift , props , hantaran , guest book . Macam - macam .
Bisnes beg , aku nak ambik lebih banyak tempahan . Aku nak buat ready stock .
Semua - smeua yang aku senaraikan ni semua aku suka buat .


Banyak sangat . Tapi semua terhalang .
Sejak aku dah kerja ni .
Masa tak pernah cukup .
Last - last aku yang frust sendiri .
Sebab aku tak boleh buat apa yang aku nak buat .




Tuesday, June 17, 2014

Tertinggal spek.



Penat sungguh hari ni . Hari - hari pun kau nak mengeluh , kan Emi ? Haha . Tadi siang kat ofis tetibe bos - bos sekalian suruh follow dorang pergi somewhere . Nak tunjuk satu tempat ni , so that next time boleh la dorang suruh aku je pergi setelkan urusan kat tempat tu . Ape ntah nama tempat tu , lupa . Dekat bangunan sebelah The Weld tu . Jauh kot dari ofis , tapi kitorang pergi jalan kaki je . No hal lah , aku dah biasa jalan kaki jauh - jauh . Sambil - sambil tu dorang bawak aku pergi kedai buku untuk beli stationery untuk kegunaan di ofis . Aku dah rasa segan semacam dah . Yela , dorang semua lelaki . Bos - bos pulak tu . Aku ni memang tak suka sangat nak shopping kalau ada lelaki bersama tak kisah la lelaki tu kawan ke , ayah ke , abang ke sape - sape ke . Ini kan pulak bos , lagi la aku awkward . Terus aku tak tahu nak beli apa . Nasib baik ada Lin , officemate . Takde la aku terkulat - kulat sensorang . At least ada jugak kawan . Actually aku dan Lin tak kerja kat company yang sama . Kitorang kerja company lain - lain , tapi bos sama . Kiranya bos kitorang ni ada more than one company under one roof la . Kalau untuk company yang aku kerja tu , aku sorang je pompuan . Same goes to company yang Lin kerja , dia sorang pompuan . Yang lain lelaki termasuk bos - bos sekalian . So tadi aku main hentam je ambik a few stationery . Time bos nak bayar , dia belek - belek benda yang kitorang beli tu pastu cakap " Apa benda la u beli ni . Macam guna je kan semua ni . Macam - macam color ada . " . Macam biasa , aku senyum je . Lin yang banyak jawab . Dah la masa kitorang duk pilih stationery tu , dorang tunggu kemain lama kat luar kedai buku . Nasib la , sape suh abwak kitorang . Kehkeh . Aku tahu , mesti dorang duk kutuk - kutuk leceh tunggu pompuan beli barang . Pilih sana , pilih sini , berjam - jam . Haha .

Ini Lin .



So tengahari tu before beli stationery , aku dan Lin makan kat satu kedai ni ape nama ntah . Aku ingat yang aku order tu tomyam , sekali bila sampai makanannya , bukan tomyam pulak . Nama ape ntah . Dan paling penting , pedas tahap nak arwah ! Makan sikit je , terus stop sebab pedas sangat . Tapi kan aku suka sangat cara dia serve ice lemon tea , dalam jag kecik macam dalam gambar kat bawah ni . Comel pulak rasanya minum dalam jag kecik camni .

Ku sangka tomyam , rupanya bukan . 



Lepas makan , aku dan Lin pi la solat kat surau The Weld tu . Ini part paling sadis . Nak ambik air sembahyang , aku bukak la spek . Pastu aku tertinggal . Dah la tertinggal , pastu langsung tak perasan bahawasanya benda alah tu dah takde kat mata sendiri . Haha teruk bebenor . Bila dah balik ofis , dan nak start sambung buat kerja , baru la aku perasan spek takde . Wuuuuu kena jalan jauh lagi sekali pergi The Weld semata - mata nak dapatkan balik spek tu .  Tercungap - cungap ha . Bukan dekat .

Dah balik ofis , baru aku perasan banyak jugak stationery yang aku beli tu actually memang dah ada kat ofis tu . Kan dah membazir . Di sebabkan takut bos  marah , so cecepat aku simpan benda alah tu semua dalam laci . Padahal dah terang - terang resit pembelian ada dekat bos , lagi nak sorok bukti . Haha .





Sunday, June 15, 2014

Weekend



Hai hai sumorang ! Aku kalau weekdays memang busy tahap nak arwah jugak lah . Keje banyak jugak kat ofis tu . Pastu jarak ofis dari rumah takde la dekat . So sampai rumah agak lewat , dan kebiasaannya akan penat gila terus tido . So memang agak takde masa nak update blog . Weekend pulak mostly aku tak lekat kat rumah . Ada aje tempat nak pergi . Haha . So rasanya lepas - lepas ni aku akan banyak buat auto publish la . Yela , aku takmo la blog aku ni bersawang tak berupdate . Baru berazam ni nak jadi blogger yang aktif . 

Semalam aku keluar dengan Nad . Dah lama rasanya tak keluar dengan kawan - kawan . Menyedihkan sungguh rasanya . Berbeza betul life bila dah kerja ni nak compare dengan zaman study dulu . Huhu . So semalam aku keluar dengan Nad , pergi Ikea . Saje la jalan -jalan kan . Malam before tu aku tido rumah Nad . 


Sampai - sampai je terus mintak Nad snap kan picture . Tak malu betol .. Haha . Dah la bergambar tepi kereta sape - sape ntah . Memandangkan dari rumah lagi kitorang memang belum makan pape , so first of all kitorang pergi melantak . Actually ni bukan first time aku datang Ikea . Before ni ada la datang a few times dengan kakak aku . Tapi aku tak pernah try meatball Ikea yang kononnya sedap sangat tu . Almaklum la , asyik ramai orang je kat situ aku tengok . Barisan beratur tak pernah perndek . So semalam kitorang pergi memang betol - betol pagi la .Sampai awal lagi , orang pun blom ramai . Makanya kitorang pi la try meatball Ikea tu .



Ini menu yang kitorang makan . Meatball , dan roti bakar . Tak sedappppp . Not my taste la . Orang lain berselera je aku tengok makan . Tapi di tekak aku , tak sedap . Pelik jugak bila ramai yang cakap sedap . Tak habis pun kitorang makan . Dah siap makan segala bagai , kitorang pergi shopping sesiket . Then pergi tengok wayang How To Train A Dragon 2 . Memula tu aku dah nekad dalam wayang nanti aku nak tido sebab penat . Tapi bila cerita dah start , terus aku tak jadi nak tido sebab cerita tu best . Bagi aku best la . 




Bestnya la hai kalau aku dapat sewa serumah dengan Nad ni . Takde la bosan sangat .







Thursday, June 12, 2014

"Ini untuk CekMi"




Ini cerita last week . Hari ape ntah , aku pun dah lupa . Masa tu anak - anak sedara aku ada kat KL lagi . Masa kat tempat kerja , akak aku whatsapp gambar anak - anak sedara tengah tido dalam bilik tempat aku tido tu . Ya ampun , macam tongkang pecah dah aku tengok . Memang la aku ni bukan jenis yang rajin sangat . Kadang - kadang baju bertimbun tak sempat lipat , especially bila aku dah kerja ni . Okei , kantoi baju selalu menimbun tak lipat ! Muahaha ! Tapi bila anak - anak sedara aku buat macam - macam aktiviti kat  bilik tu , makin nazak jadinya bilik tu . Haha . So bila balik dari kerja , aku masuk je bilik memang membebel panjang . Haha .


Dah separuh aku bebel kat budak - budak tu , tetiba aku nampak si Isya menyelinap masuk dalam bilik secara senyap - senyap , selit beberapa helai kertas kat atas meja aku . Ingat aku tak nampak la tu . Haha . Baru je aku nak marah , aku ternampak kertas yang dia selit tu . Terus tak jadi nak marah . Nak tahu kertas ape yang dorang selit ?


.
.
.
.
.
.
.
.











" Ini untuk cek mi "
" Ini Cek Mi "



Alahai , so sweet . Pandai dorang ambik hati ye . Terus tak jadi nak marah . Bila aku pandang , sengih - sengih je dorang ni . " Kakak , Aina & Danish lukis untuk Cikmie . Cantik tak ? "

Iye , cantik sayang . Maaf lah , cikmie busy pagi pergi kerja , malam baru balik . Tak banyak spend time dengan kesayangan cikmie semua ni . Nyesal pulak bila ingat balik aku banyak marah dorang last week . Penat balik kerja , kerja tak siap . Pastu melayan kerenah dorang taknak makan nasi lagi , dorang banyak tanya la , dorang taknak tidur la , rosakkan mainan la , taknak mandi la . Maaf ye , cikmie sayang sangat anak - anak buah cikmie ni :)


Wednesday, June 11, 2014

still underweight.


Sabtu lepas pergi jalan - jalan dengan kakak - kakak dan anak - anak buah . Masa dekat AEON AU2 , nampak penimbang . Laju aje aku korek syiling dalam beg . Hahah . Alhamdulillah , berat aku walaupun tak naik banyak , tapi at least better la dari zaman bercinta belajar dulu . Kalau beberpaa bulan lepas , berat aku 37 kg - 39 kg aje . Now okey la , dah atas dari 40 kg . Masih underweight . Takpe , pelan - pelan ye . Nanti stabil la tu :)




Tuesday, June 10, 2014

schoolbreak.



Sekarang kan musim cuti sekolah . So last week aku pergi JB kejap , ambik anak sedara . Dia nak datang jalan - jalan kat KL cuti sekolah ni . Cadangnya nak bawak Isya sorang je . Tetibe Danish pun nak ikut jugak . Bawak jela . Suka betul diorang bila sampai KL . Dah lama dorang nak datang KL , tapi abah dorang asyik busy je kerja . Biasalah , nak cari rezeki untuk anak isteri bukan senang . So sebagai mak sedara yang masih belum berkeluarga ni , luang kan la masa sikit bawak dorang jalan - jalan . Selang 2 hari lepas tu , anak sedara yang dari Kelantan pulak datang . Aina & Zakwan . Yang ni , dorang datang pakej dengan umi dornag sekali . Hehe .


Ini masa mula - mula sampai kat TBS . Suka betul dorang . Danish ni 4 tahun , Isya pulak 7 tahun . Susah jugak nak manage dorang ni . Makan memilih sangat - sangat . Ada jugak kebulur anak orang . Biasalah budak kan . Aku tersalah goreng telur mata kerbau jadi kecik sikit terus taknak makan . Nasi goreng tak nampak macam nasi goreng umi dorang , pun taknak makan . Nak pergi  lunch kat luar siang - siang buta mintak kuew teow ladna . Haishhh . . siang - siang mana ada kedai jual masakan panas nak oiii . Sabor jela dengan dorang ni . Paling parah bila pepagi aku  nak pergi kerja , Danish melalak tak ingat dunia . Taknak kasi aku pergi kerja , kemain bergantung kat baju aku . Habis senget - benget tudung . Berat
 hati rasanya . Bila pergi kerja , tinggal dorang kat rumah abang aku . Kakak ipar aku yang jaga . Tapi anak - anak sedara aku ni takmo duk situ . Nangis - nangis taknak duduk . Dua hari je tinggal situ . Lepastu kakak aku dari kampung , which is umi Aina & Zakwan datang . So dia tolong tengok - tengokkan . Baru lah dorang ni okay . Bertambah riuh rumah dengan gelagat masing - masing .


Yang ni time sehari before aku hantar diorang balik rumah dorang semula . Bawak dorang pergi IKEA & The Curve . Bebudak ni kalau nak suruh buat pape , kena rasuah dulu . Nak suruh makan nasi pun nak kena janji belikan aiskrim dulu . Haishhh . Dorang stay seminggu je . The next weekend , aku hantar dorang balik . Tak larat nak jaga dorang . Kalau tak keje takpe la . Ada banyak lagi gambar & cerita pasal dorang ni actuallytapi gambar ada dalam camera . Tak transfer lagi . Next - next entry aku story lagi k :)


Rindu pulak kat bebudak ni .