Weekend hari tu aku join kakak dan abang ipar aku pergi Melaka . Pergi kejap je . Jumaat pagi gerak , keesokan petangnya gerak balik KL balik . Bermalam satu malam la . Tahu tak , dari dulu sampai sekarang aku sangat la suka negeri Melaka . Aku sendiri tak dapat nak gambarkan secara jelas kenapa aku suka Melaka . Bagi aku Melaka ni unik dan menarik . Honestly aku apply matrik Melaka sebagai first choice dulu , dan aku dapat . Yes , aku belajar kat matrik Melaka . Tapi matrik je pun , paham - paham jela . Jarang keluar , so tak dapat la nak explore Melaka dengan lebih banyak . Setakat duk Masjid Tanah tu jek , haha . Untuk degree , aku ada apply UITM Melaka dan UTeM jugak . Why ? Sebab kalau boleh aku nak tinggal kat Melaka . Tapi UTHM yang terima aku . InshaAllah satu ahri nanti aku nak tinggal kat Melaka . Nak kerja kat Melaka . Tapi bukan sekarang la , sebab aku takde transport lagi nak keje tempat - tempat camtu . Bagi orang yang takde transport macam aku ni , kena la cari kerja kat KL dulu . Kat KL takde transport takpe , public transport berduyun .
Okei , back to the main story . Weekend hari tu pergi Melaka sampai - sampai je first tempat kitorang pergi adalah Mydin Mall . LOL sangat kan . Haha . Takde la nak pergi sangat , pergi situ sebab itu je yang dekat sementara nak tunggu tuan homestay nak kosongkan homestay . Lepastu masuk homestay , rehat jap . Then pergi Klebang minum coconut shake yang sodap itu . Hihi . Next pergi Muzium Kapal Selam . Zzzzz , aban ipar aku yang beriya nak ke sana . Takde apa sangat pun . Haha . Pegi kejap je . Lepastu singgah Masjid Selat . Itu first time aku pergi Masjid Selat . Cantik , rasa nak duk situ lama - lama .
Then pergi Dataran Pahlawan , dan Mahkota Parade . Jalan - jalan pusing - pusing tak beli apa pun . Kaki yang kepenatan . Memandangkan ada baby bersama , iaitu anak sedara aku , jadinya tak boleh la balik malam sangat . Singgah bungkus asam pedas kat Bukit Cina yang katanya sedap sangat tu , then balik . Abang aku yang study kat UTeM tu pun datang kat homestay tu kejap , alang - alang dia memang kat Melaka . Oh ye , aku ni dah orang kata kalau datang Melaka tak sah kalau tak makan asam pedas , makanya dengan eksyen nya taruk kuah asam pedas banyak - banyak . Walhal awal - awal akak aku dah warning , pedas . Almaklum , orang - orang terdekat memang tahu aku ni tak tahan pedas . Padan muka , kepedasan disitu . Semerta perut rasa panas .
Keesokannya pergi breakfast kat Warung Anda [ betul ke nama dia camni ? ] . Then lepastu terus pusing - pusing cari klinik gigi yang tak ramai orang sebab akak aku sakit gigi tak dapat ditahan - tahan dah . Lepas pergi beberapa buah klinik , akhirnya cabut gigi kat klinik yang berdekatan Melaka Sentral je sebab klinik lain ramai sangat orang . Lepas tu jalan - jalan dekat Melaka Sentral , dan AEON . Dekat AEON tu sempat tangkap sehelai baju , sehelai seluar , dan belt . Dah TERberkenan nak buat camne . Lepastu pergi naik bot kat Sungai Melaka tu . Yang ni abang ipar aku insist nak naik jugak sebab nak bawak si kecik Qaseh tu naik bot . Eksaited betul Qaseh dapat naik bot . Lepas makan malam , terus balik KL . Detail betul ye cerita .. Hihi . Tak banyak sangat pun tempat pergi sebab kekangan masa . Tapi okei la tu , kan .
Bersama si bulat yang suka nangis Qaseh Izz Zara
Nampak gayanya orang Negeri Sembilan dan Melaka dah out of list la sebagai calon suami sebab iols tak tahan pedas . Muehehe . Cari orang senegeri la senang :)
Sya pun suka sgt dgn melaka..asai pa tak tau..tp mmg seronok la..walaupun x kuaq g mna2..jnji dptduk maka ja..ati dah rasa best gegila.hehe.kna cri bf org mlka la cmni.hehe
ReplyDeleteThank you for your submit and also fantastic suggestions.. also My partner and i furthermore believe work will be the main aspect of acquiring accomplishment click here for more.
ReplyDelete