Thursday, May 29, 2014

TREASURE HUNT BERSAMA EPHYRA!


AMARAN ! ENTRY INI SANGAT PANJANG .



Hai semorang ! Rindu tak kat kita ? Ewahhh , rindu la sangat kan . Haha . Okey , hari ni iols nak story pasal aktiviti hujung minggu lepas . Hari Sabtu lepas which is 24 May 2014 , aku ada join satu event yang di anjurkan oleh team Denaihati dan ditaja oleh pihak Oceanlife . Faham - faham la , aku kalau berkaitan dengan Ephyra , memang aku semangat berkobar - kobar sikit . Obses betol ha . Almaklum la , aku ni pengguna setia Ephyra merangkap dealer Ephyra . Berdasarkan kesan - kesan positive yang aku dah rasa bila amalkan Ephyra ni , seriously aku memang sayang gila la kat produk ni . Oh ye , berbalik kepada event hari tu yang diberi nama Ephyra Treasure Hunt , para peserta terdiri daripada 28 orang blogger . Aku ni blogger suam - suam kuku je , so aku pun tak tahu la camne aku boleh termasuk sekali join blogger - blogger otai lain . Haha . Alhamdulillah . Nervous jugak bila nak join tu sebab aku bukan kenal sangat pun dorang ni . Tapi alhamdulillah la , baik je dorang semua ni . Sporting gila , tak susah nak berkawan dengan dorang ni walaupun boleh dikatakan mostly diorang bertaraf kakak - kakak dan abang - abang kalau nak banding dengan aku ni .


Tempat berkumpul adalah di PuspanitaPuri Presint 10 , Putrajaya . Awal - awalnya aku fikir nak mintak abang ipar tolong hantar kan . Tapi end up tumpang blogger Kak Eyza je . Kak Eyza dari Cheras kalau tak silap . So memang satu jalan je nak ke Putrajaya akan lalu Sg Besi , dia berbaik hati tumpangkan . Tarik nafas lega abang ipar aku agaknya sebab takyah hantar , kahkah ! 27 orang blogger yang terlibat dibahagikan kepada 7 kumpulan dengan menaiki 7 buah kereta . Setiap kumpulan diberi nama bersempena nama bahan - bahan yang trekandung dalam Ephyra . Team aku team yang ke 7 , diberi nama Acerolla bersempena Acerolla Cherry .


Kredit pic : Google

Apa itu Acerolla Cherry ? Haaa . . memandangkan aku ni dealer Ephyra , so sedikit sebanyak aku tahu la pasal bahan - bahan kandungan Ephyra ni . Yela , kena la tahu sebab bila customer tanya , memang kena explain untuk yakinkan customer . Macam mana customer nak yakin kalau kita sendiri tak yakin untuk terangkan , iye tak ? Kalau nak tahu , Acerolla Cherry ni bagus sebab dia mampu meningkatkan sistem imunisasi , menguatkan jantung , memperbaiki kulit , dan meningkatkan tahap keupayaan badan kita untuk membaiki sel tisu yang dah rosak dengan lebih cepat . Acerolla Cherry ni jugak bertindak melindungi diri kita dari risiko penyakit kardiovaskular , masalah mata , dan wrinkles . Kat dalam Acerolla Cherry ni ada vitamin C , so vitamin C tu la yang membantu membentuk kolagen yang membuatkan kulit kita jadi cantik dan muda . Fuyyooo . . kan ? No wonder la Ephyra ni memang berkesan . Ini baru satu bahan , belum campur lagi 8 bahan anti oxidant yang lain . *intro je pun , dah panjang berjela entry ni . Sabor aje la *



Team mates aku terdiri daripada aku , Deq Noor , dan Hanim . Sepatutnya ada lagi sorang blogger lelaki , tapi last minute dia tak dapat datang . So kami bertiga aje la . Sebelum mula Treasure Hunt , kitorang diberi sehelai T-shirt Ephyra Limited Edition . Setakat ni kat rumah aku dah ada 2 t-shirt Ephyra tapi dua - dua takde kolar . Yang ni berkolar , and material dia lagi tebal & selesa . *happy sangat* . Setiap seorang diberi satu sachet Ephyra dengan shaker sekali untuk memulakan hari yang lebih bertenaga . Lepas tu breakfast ! Then kak Amiza , pengasas Ephyra ni datang briefing and kasi kata - kata semangat sikit kat kitorang . Dah la cantik kak Amiza ni , humble pulak tu . Suka sangat tengok dia . Ni first time jumpa dia face to face . Pernah la cakap dengan dia via fon sekali dulu masa menang contest Kasih Ephyra by Fillanie . Kalau korang memang pengguna Ephyra , mesti korang tahu yang recently kak Amiza dah berhijrah . Yes , dia dah mula bertudung . Alhamdulillah , moga istiqamah . Masa first day dia bertudung hari tu , ada ternampak dia post gambar kat Instagram , terus TERsebak TERharu kejap . Yela , selama ni duk tengok gambar dia free hair je , now dah dibukakan hati dia untuk berhijab . Syukur sangat . *aku memang camni , melebih - lebih terharu bila ada orang lain berhijrah ke arah lebih baik . Macam memula tengok gambar Felixia Yeap bertudung dulu pun aku rasa camni jugak * . Oh ye , pagi Sabtu haritu kak Amiza datang , hulur tangan nak salam aku langsung tak cam dia weyh . Wuuuu malu T___T . Aku macam loading jap , " sape ye? " . Ohmaigaddd , lain sangat especially pagi tu maybe sebab dia pakai spek hitam , serba hitam . Termalu sorang iols ! Huhu




Sesape yang follow Instagram aku , mesti rasa muak gila asyik aku je yang post gambar hari Sabtu hari tu , kan ? Pastu , semua gambar pulak pasal Ephyra . Haha . Baru korang tahu , betapa sayangnya aku dekat Ephyra ni . Sepanjang hari tu , memang kitorang dikehendaki post banyak - banyak gambar tentang Ephyra Treasure Hunt tu . Kalau nak tengok koleksi gambar yang aku dan peserta lain upload , boleh tengok kat Instagram , hashtag #EphyraTreasureHunt . Sporting habis lah dorang ni . Macam - macam pose ada . Task pertama haritu kitorang kena buat Instavideo minum Ephyra . Everyone kena buat instavideo ni .


Next task dekat Taman Botani Putrajaya . Kat situ kitorang kena dapatkan nama species dan nama panggilan tempatan bagi beberapa pokok kat situ . Terlari ke sana , terlari ke sini nak cari pokok yang berkenaan . Habis comot kasut sebab tanah situ kan macam ada lembik - lembik melekat sikit . Last - last aku jalan slow je sebab takut terjatuh *aku tak pakai sport shoes , pakai kasut biasa je sebab dah lama tak bersukan , makanya sport shoes aku entah ke mana :P *

Tugasan ketiga , kitorang diminta untuk selfie bersama billboard Ephyra kat tepi jalan berhampiran Exit Bangi . Aku dah selalu nampak billboard Ephyra ni kat banyak tempat , tapi tak pernah terfikir pulak nak selfie kat situ . First time ni tau , haaaa . Pakat stop ramai - ramai , selfie kat situ . Habis kereta yang lalu lalang pakat hon . Seronok jugak buat benda yang RARE ni . Haha .



Destinasi seterusnya adalah KLIA 2 . Sejujurnya ni first time aku jejak kaki kat KLIA 2 . Kat KLIA 2 ni paling banyak task yang diberi . Kena bergambar dekat landmark KLIA 2 , rakam instavideo penerangan ringkas pasal Ephyra kepada orang awam , tangkap gambar dengan foreigner , dan rakam instavideo kitorang buat team cheers depan foreigner ==' . Paling lama masa yang kitorang ambik adalah time nak kena cari seorang perempuan berambut panjang berbaju hijau turquoise . Tak ramai pulak yang pakai baju colour hijau turquoise hari tu . Lagi satu problem yang kitorang alami kat situ adalah coverage internet kat situ sangatlah macam siput . So makan masa yang sangat lama untuk upload video dan gambar . Pergi kat car park baru ada coverage .




Dah setel task dekat KLIA 2 , then kitorang berkumpul di salah satu Petronas yang ada McDonalds untuk lunch . Lunch nasi ayam . Orang lain makan dekat McDonalds , tapi team kitorang pilih untuk makan dalam kereta dek kerana panas sangat . Lagipun meja kat McDonalds macam dah full je time tu .



Lokasi Treasure Hunt yang treakhir adalah di Karnival Jom Heboh Putrajaya . Memula dekat arahan kitorang disuruh parking kereta dekat Park & Ride PICC then naik bas ke karnival Jom Heboh . Malangnya ada sedikit problem , maka kitorang semua diminta terus ke tapak Jom Heboh . Satu lagi cabaran bila nak cari parking . Tapi alhamdulillah , team kitorang senang dapat parking . Kebetulan ada kereta yang dah nak keluar time tu . Team kitorang merupakan team kedua yang sampai di booth Ephyra . Kat situ ada satu lagi task yang perlu di complete kan iaitu BLIND FOOTBALL . Dah la tak reti sepak bola , pastu siap kena tutup mata bagai lagi . Nasib tak menyebelahi . Team kitorang tak menang . Tapi takpe , yang pengalaman dan keseronokan yang dirasa tu .Setiap peserta Ephyra Treasure Hunt diberi goodies bag Ephyra . Tahniah kepada team yang menang .

Kredit picture : Ejam Othman

Ada duta Ephyra kat booth time tu . Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak diorang , Awish . Comel sangat Awish tu . Ibu ayah tengah bekerja , dia pun behave je main sorang - sorang . Havoc betol la booth Ephyra hari tu dengan kehadiran  blogger - blogger yang sporting tu .Masa nak balik lagi sekali tumpang kak Eyza . Oh ye , masa otw nak ke kereta kitorang kebetolan terserempak dengan KJ , sempat la tangkap gambar sekeping .



Overall Ephyra Treasure Hunt kali ni memang awesome la . Tak rugi join . Dapat kenal rakan - rakan blogger yang tak kurang awesome . Peramah semuanya . Satu pengalaman yang cukup bermakna . Next time kalau ada lagi buat aktiviti macam ni , nak join lagi la . Buat rakan sepasukan , Deq Noor dan Hanim , thank you for having me in your team . Maaf tak cukup membantu kalau soal jalan sebab iols memang tak tahu sangat bab jalan ni . Boleh sesat lagi teruk kalau takde korang .


Okey , bagi korang yang dah pernah rasa Ephyra , teruskan setia bersama Ephyra untuk kesan yang lebih memuaskan . Jangan try sekotak pastu dah expect kulit jadi cantik gebu macam Memey Suhaiza & kak Amiza . Diorang tu dah lama amalkan minum Ephyra . Ingat senang ke nak jadi cantik dan sihat ? Perlukan effort dan komitmen . Lagipun Ephyra ni bukanlah produk pemutih yang seminggu try terus boleh jadi putih melepak *aku tak berani nak try produk pemutih bagai tu sebab bila kesannya drastik sangat , kat situ dah boleh agak mungkin ada bahan kimia yang merbahaya* . No , Ephyra takde bahan kimia yang berbahaya , dan ianya adalah supplement yang merawat secara semulajadi dari dalam . Jangan target nak cantik aje , tapi juga untuk jadi sihat okeyh ! Bila tubuh badan kita sihat , kita pun jadi lebih bertenaga dan cantik !

Aku pernah tulis entry pasal Ephyra beberapa kali . Boleh rujuk entry - entry ni : Ephyra 1 , Ephyra 2 , Ephyra 3 , Ephyra 4 . Sila abaikan penggunaan kata ganti diri yang berbeza - beza dalam setiap entry tu . Biasa la , perubahan musim . Kehkeh . Kejap saya , kejap aku .


Bagi yang belum cuba Ephyra ni , cepat - cepat cuba . Tak rugi , sangat puas hati . Tak kenal maka tak cinta . So , bagi peuang kat diri korang untuk cuba produk Ephyra ni dulu . Jangan kedekut nak keluarkan duit untuk kesihatan dan kecantikan sendiri . Nak beli boleh dapatkan dari pihak Oceanlife sendiri atau pun boleh jugak beli dari aku . Pihak Oceanlife sekarang tengah buat promosi sempena ulang tahun Ephyra ke 2 , harga untuk Premium Box hanya RM180 sahaja . Aku pulak memang pengedar sah Ephyra sejak hujung January 2014 haritu . Sekarang aku memang tengah buat promosi Ephyra ni , so harga memang meletop - letop lah !

Boleh contact pihak Oceanlife kalau nak beli :

Website Oceanlife2u
Facebook  : Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Twitter : @ephyra2u
Google+ : Oceanlife Ephyra


Bagi yang rasa nak beli dari aku yang pastinya dengan harga kebaboom , boleh contact aku *aku lagi prefer whatsapp , cepat sikit aku reply* :

Facebook : Beary Blossom
Instagram : @bearyblossom
Sms / whatsapp : 0145259353



6 comments:

  1. yeahhhh....lepas nie boleh pakat selfie dengan billboard la yea....hik3x

    ReplyDelete
  2. Ephyra memang sangat sedap! Dah habis ena minum . Nak kena beli lagi. Apapun, dapat juga berjumpa dengan Beary blossom ni.. hehehe.. nice too meet you pretty

    ReplyDelete
  3. Bestnya..mesti meriah dan banyak kenangan. Kagum lihat semangat masing2

    ReplyDelete
  4. hi emi! best kan!! rasa xpuas nak treasure hunt lagi... ada rezeki kita jumpa lg ye... :)

    ReplyDelete
  5. hi emi
    haha macam tegur sendiri sebab sama nama depan
    nice to meet u too ^^
    MY-Emily

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.