Cabut gigi. - emilinda

Saturday, April 12, 2014

Cabut gigi.

Hari ahad lepas mak datang sini . Saja jalan-jalan jenguk anak-anak . Best tau bila mak datang . Boleh makan masakan mak katakan . Hihi  . Lama dah tak balik kampung . InshaAllah dua minggu lagi kalau takde aral , ingat nak balik bertapa kat kampung kejap . Weheeee . Oh ye , berbalik kepada tajuk entry . Dua malam lepas , aku langsung takleh tido gara - gara sakit gigi . Langsung tak boleh tido okeyh . Ceittt , spoil tau . Baru nak feeling - feeling jadi baby balik , tido peluk - peluk mak . Tetibe je boleh sakit gigi . Dah berzaman tak sakit gigi . Bila sakit , terus sakit yang teruk punya . Actually gigi geraham aku yang ni tak bergoyang pun cuma dia memang berlubang . Dulu aku dah pernah tampal . Tapi tampalan tu tercabut beberapa bulan lepas . Aku  buat rilek je la sebab tak sakit pun . Ambik kau , now dah sakit tahap rasa nak ketuk dengan tukul . Bangun je pagi tu terus cakap kat mak yang kejap lagi nak pi jumpa dentist , cabut gigi . Tak pikir panjang dah . Aku pegi cabut kat deol dental surgery , klinik gigi yang aku pernah keje dulu . Dr ranjit kalau cabut gigi patient mmg bagus , dia hati - hati sket . Aku pernah kerja dengan dia , so aku tahu la camne dia buat keje . Memang dia bius banyak punya . Langsung tak sakit time cabut . Lega je lepas cabut , dah tak sakit . Siap boleh bawak mak pi jalan - jalan kat KWC lagi .  Tapi gigi aku ni gigi geraham . Mak aku dah pesan awal - awal , takyah nak happy sangat . Nanti kesan ubat bius tu dah hilang , mesti sakit punya . Darah pun mungkin akan keluar tak henti . Dipendekkan cerita , darah memang tak stop keluar . T______T . Tak tahu nak buat camne . Even hari ni pun aku masih rasa ada darah lagi . Sakit tu takyah cakap la . Gusi aku bengkak teruk , nak makan susah . Nak menguap susah . Sakit , takleh nganga luas . Kecik je boleh nganga . Kepala dah start panas - panas macam nak demam . Rasa tak sedap badan . Macam baby nak tumbuh gigi pulak aku rasa , demam sebab gigi . Mak cakap , kalau cabut gigi geraham memang macam tu . Tambahan pulak gigi geraham aku ni langsung tak goyang . So nak kurangkan sakit , aku makan ubat tahan sakit yg dia bagi . Tapi sakit jugak . Sobsss . Semalam sebelum mak balik kampung , mak masak gulai ayam . Tapi makan sikit je sebab sakit sangat takleh bukak mulut . Huuu . Rugi btol . Gulai ayam mak la yang paling sedap . Hmmmphhh . Mak dah balik semalam . Huhu . Dah mula rindu . Oh ya hari ni aku start sakit kepala . Adakah sebab kesan cabut gigi semalam ? Sebab dah lama dah aku tak sakit kepala sebenarnya . Harap - harap cepat hilang bengkak & sakit ni .

4 comments:

  1. Jenjalan sambil follow :D
    http://theonlygirl98.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. pernah rasa sakit gigi yang azab gila ... bila nak makan tu rasa nak hempas je semua pinggan...

    ReplyDelete
  3. plg takut jumpa doktor gigi...^^ rasanya last cabut masa sekolah rendah,hihi...

    ReplyDelete
  4. Setakat 4 hari selepas cabut ni alhamdulillah takde rasa sakit . Cuma darah henti hanya selepas 2 hari cmtu . Tadi buat check up lagi doktor kata okay je cuma nak bagi gusi tu betul okay dia ada bagi ubat cecair kat area gusi gigi yang dicabut tu . Tekap dengan kapas lagi . Huhu . Rasanya macam bau masa kita masuk klinik tu . Huhu . Next week ada lagi satu nak cabut . Harap2 sama macam yang ni tak sakit . :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.