Mungkin ramai yang dah tahu , dan mungkin jugak ramai yang belum tahu bahawasanya minuman berkafein tak elok diambil bersama Ephyra . Apa maksudnya tu ? Haaa , kalau diikutkan kafein ni memang tak elok kepada semua orang . Tak kisah la orang tu ambik Ephyra ke tak , kafein memang tak elok untuk kesihatan .Bagi perempuan mengandung , kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan . Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi , kelahiran pramatang , dan mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan . Secara umumnya , kafein boleh mempengaruhi sistem jantung , pencernaan , sistem saraf dan sistem darah . Kafein yang mula memasuki tubuh badan akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari yang sepatutnya . Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh . Kerana itulah , ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok adalah sangat tinggi . Kesan pengambilan kafein terhadap sistem saraf boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar - ketar , pening kepala , loya , atau cemas sepanjang waktu .
Tak dinafikan , kafein bukanlah 100% memberi kesan negatif kepada kita . Kebanyakan produk kafein mengandungi antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser . Di samping itu juga , ia kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain . Namu begitu , janganlah pula diambil secara berlebihan kerana akan menyebabkan terjejasnya kesihatan . Oh ya , kafein ni bukan terdapat dalam kopi sahaja tau . Kafein turut terkandung dalam minuman bergas , teh dan coklat . Cuma dosnya sahaja yang berbeza . Seeloknya , pengambilan kafein ni diambil secara sederhana sahaja . Almaklum la , kafein ni sememangnya addictive . Sekali minum , nak berkali - kali .
Saya sendiri mempunyai sejarah tersendiri bersama kafein . Dari zaman sekolah hingga la ke zaman universiti saya sememangnya penggemar Nescafe . Nescafe 3 in 1 tu memang sentiasa ada dalam simpanan . Dalam sehari confirm saya minum paling kurang 1 cawan nescafe . Macam saya , saya memang suka berjaga malam dan siapkan kerja atau ulangkaji waktu kawan - kawan lain tidur . Dah jadi habit . Orang lain tarik selimut nak tidur , saya baru bancuh Nescafe dan hadap laptop . Pendek kata saya ni memang kaki Nescafe la . Nak dijadikan cerita , masa saya berada di tahun akhir universiti , saya dah mula selalu sakit kepala . Kadang - kadang hampir setiap hari . Pada awalnya saya sangkakan faktor cuaca yang panas sangat . Tapi tak , masalah tu berlarutan hingga la saya habis belajar dan mula terlibat dengan latihan industri . Masih selalu sakit kepala . Saya tak pasti adakah migraine , hypertension atau masalah lain . Saya tak berani jumpa doktor . Almaklum , saya memang kalau boleh tak nak sangat jumpa doktor . Tak suka . So atas nasihat kawan , saya kurangkan pengambilan Nescafe . Alhamdulillah sakit kepala makin kurang .
Then sejak saya amalkan minum Ephyra , saya dah betul - betul stop minum kafein . Kenapa ? Kerana saya diberitahu bahawa kafein boleh mengganggu proses penyerapan khasiat Ephyra ke dalam badan saya . Ephyra ni bukan murah . So saya taknak la duit yang saya gunakan untuk beli Ephyra ni terbazir macam tu aje . That's why saya stop minum kafein . Alhamdulillah , sekarang saya dah tak sakit kepala lagi . Sungguh , saya sendiri tak perasan . Bila keluarga tanya samada saya masih selalu sakit kepala , baru saya perasan yang saya dah lama sangat tak sakit kepala . Dan saya tahu apa penyelesaian masalah sakit kepala saya tu . Ada dua sebab . Pertama , kerana saya dah tak minum kafein . Kedua , khasiat Ephyra . Kedua - dua faktor ni membantu saya hilangkan masalah sakit kepala saya tu . Padahal sekarang ni cuaca sangat panas terik . Kalau dulu , cuaca panas sikit saya dah mula sakit kepala . Sekarang ni memang tak sakit pun . Setiap hari saya keluar jalan kaki ke stesen LRT yang memakan masa 20 - 25 minit dari rumah saya , bertujuan pergi pos atau pergi COD Ephyra kepada customer . Tapi alhamdulillah , walau cuaca panas tahap rasa nak terbakar kulit ni , kepala saya tak sakit pun . Betullah orang cakap , kalau kita betul berusaha untuk sesuatu , kita akan dapat . Saya berusaha untuk sihat , so saya dapat apa yang saya nak . Dan saya takkan berhenti berusaha lagi :)
Bagi penggemar tegar kopi , jangan takut pulak nak consume Ephyra ni . Boleh . Bukan tak boleh langsung . Lagipun kafein ni ada jugak sedikit sebanyak kebaikan untuk kesihatan kita . Adakah kerana kita takut kencing manis , kita langsung tak minum benda manis sepanjang hidup ? Adakah sebab tak nak darah tinggi , kita langsung tak makan garam ? Tidak ! Kita ambik semua tu , tapi berpada - pada dan kena dengan caranya . Untuk kes Ephyra dan kopi ni , pengguna boleh minum kopi . Tapi elakkan minum terlalu banyak dan jarakkan waktu kita minum kopi dengan Ephyra ni . Contohnya kalau waktu pagi lepas Subuh sebelum breakfast kita minum Ephyra , tunggu la 5 - 6 jam lepas tu baru kita minum kopi . Tak pun , kalau kita ni memang dah habit setiap pagi wajib minum kopi , minum la Ephyra waktu malam before tidur . Tapi kalau nak kurang kan terus minum kafein macam saya ni pun , boleh jugak . Kalau sanggup la . Saya takde la tak minum langsung kopi / nescafe . Pergi rumah orang kalau orang hidang kopi takkan la saya mengada sangat nak mintak milo kot , kan ? Minum jugak . Cuma sangat - sangat jarang . Sekarang saya tengah latih diri saya untuk banyakkan minum air suam . Moga - moga berhasil :)
Oh ya , ini untuk catatan diri sendiri dan juga pengguna Ephyra diluar sana . Jangan ambil Ephyra atau sebarang vitamin bersama ubat - ubatan . Maksudnya . kalau kita dah minum Ephyra / vitamin , tunggu hingga 3 - 4 jam lepas tu baru makan ubat . Jangan terkeliru pulak ubat dengan vitamin . Ubat dengan vitamin tak sama tau !
Nak sihat , cantik dan bertenaga bersama Ephyra ? Boleh hubungi pihak
Oceanlife terus atau boleh beli Ephyra dari saya , pengedar sah Ephyra untuk promosi harga Ephyra yang lebih menjimatkan .
sms / whatsapp saya di 0145259353