February 2014 - emilinda

Friday, February 21, 2014

Custom Made Tote Bag

February 21, 2014 2
Custom Made Tote Bag


Hai , lama sungguh tak update blog rasanya . Sedikit busy la dengan business Ephyra & business hand painting bag . Tapi actually ada je masa untuk update blog , cuma saya je liat sikit nak update blog . Haha . Haritu saya ada cakap yang saya nak mulakan business baru iaitu hand painting bag kan ? Haaa . . actually dah dekat dua minggu business tu bermula . Alhamdulillah dapat sambutan dari kawan - kawan dan tak kurang jugak dari orang yangs aya tak kenal . Saya minat buat kerja ni . Memang salah satu hobi saya la . So business ni bermula bukan sebab saya nak cari duet semata . Tapi sebab saya rasa kepuasan buat benda ni . ALhamdulillah . Kat bawah ni saya tunjukkan beberapa design customer yang dah saya siapkan .








Material bag ni adalah diperbuat dari canvas . Kiranya ni beg canvas la . Boleh custom made . Maksudnya kalau nak taruk nama sendiri boleh , nak tulis quote boleh , nak ada lukisan / corak pape pun boleh . Just whatsapp saya , hantar gambar design yang korang nak . Kalau takde gambar nak tunjuk , just whatsapp bagitahu saya design macam mana korang nak . I'll paint it for you , atas canvas bag . Canvas bag ni bukan white color tau , tapi color beige . Nak buat untuk diri sendiri boleh , nak hadiahkan untuk kawan boleh , nak jadikan beg couple pun boleh , beg untuk kelas pun boleh . Satu kelas ada beg yang sama dengan nama masing - masing kat beg tu . Sounds great is it ? Haaa . . meh meh sini tempah beg from iols . Harga ? Don't worry tak mahal lah . Harga based on design . Maksudnya kalau design tu detail and susah nak buat , or banyak pakai pewarna , bertambah la sikit harganya . 


Boleh whatsapp saya kat 0145259353 atau email saya rosniemilinda@gmail.com



Friday, February 14, 2014

Kafein dan Ephyra

February 14, 2014 1
Kafein dan Ephyra

Photo: BETULKAH KOPI DAN EPHYRA YANG KAYA DENGAN VITAMIN & ZAT MINERAL, TIDAK BOLEH BERSATU?
Jika diambil bersama, lebih merugikan?

<<<< No dan Yes. >>>>
 
Ada 2 jawapan.
 
Sebenarnya, kafein di dalam kopi ini bukan sahaja boleh merosakkan kandungan vitamin & mineral dalam badan. Tapi boleh merosakkan semua kandungan vitamin yang lain, dalam badan. 
Kafein boleh mengurangkan penyerapan segala bahan penting yg diperlukan badan. 
BOLEH BACA SINI ---> 

http://health-wellness-nature.blogspot.com/2012/08/kesan-kafein-keatas-penyerapan-vitamin.html?m=1
 
Tapi, ia tidak bermakna anda tidak boleh ambil langsung..
Adakah kerana kita takut sakit gigi, kita tak boleh ambil lansung gula?
Adakah kerana takut kena kencing manis, kita tak boleh minum lansung benda manis selama hidup?
Adakah kerana takut kena penyakit darah tinggi, kita elakkan diri kita dari mengambil garam?
Adakah kerana kita takut gemuk,kita melarang diri kita amik sebarang karbo dan nasik?
Adakah kerana bimbang lemak penuh dalam badan, kita tak makan daging? 
 
Sedangkan, semua bahan-bahan itu adalah SANGAT PENTING untuk kesejahteraan tubuh badan kita.
Kesimpulannya, kita boleh makan apa saja cuma kita perlulah tahu beberapa perkara... iaitu:
 
Bagaimana nak makan?
Bila nak makan?
Kenapa nak kena makan?
 
Jadi bila kita tahu semua tu , kita akan jadi lebih waras ketika makan apa saja pun. 
Sementelah kopi ini sifatnya ADDICTIVE, ianya akan membuatkan kita sentiasa 'bergantung' kat kopi bila-bila pun. 

Sementelah itu, bagaimana pulak nak minum kopi tapi tak efek vitamin c dalam badan & x ganggu proses penyerapan EPHYRA secara maksimum dalam badan kita?

Haaa.. Jangan risau semua yang gemarkan kopi. 
Ada caranya. 
Antaranya:
✔️Jarakkan pengambilan kopi dan Ephyra. Amik kopi dulu then lepas 5 jam amik Ephyra @ vitamin c.  Ataupun sebaliknya. 
✔️jika susah, anda boleh juga tukar waktu pengambilan Ephyra pada waktu malam sekiranya minum kopi pada waktu pagi. 
✔️Minum air masak super banyak. 3-4 litre sehari!! 
Jangan malas. PENTING!
✔️Kurangkan minum air manis sebab air manis memekatkan darah dan menyukarkan proses penguraian segala vitamin yg kita makan. 
✔️Jangan makan ubat sekali banyak. Ini memang tabiat ganjil sesetengah orang. Ikut arahan doktor. Doc kata makan 1 biji 2 kali sehari, maka ikut lah. Jangan makan 2 bijik sekali makan. 
✔️Jangan amik EPHYRA@vitamin bersama ubat. Perlu tahu, vitamin dan ubat adalah berbeza. Jarakkan pengambilan sekurang-kurangnya 2-4 jam.

Ini adalah sharing dari kami tentang tips untuk memastikan Ephyra lebih berkesan dan tidak membazirkan pelaburan anda. 
 
Ribuan pengguna kami telah pun merasai hasil bagus dengan Ephyra, dengan mengikuti cara-cara & langkah yang betul.
Jadi, ikutlah saranan kami ya. 
Selamat minum Ephyra semua!!

Call/ watsapp 0193999238 @ 0341417889

Mungkin ramai yang dah tahu , dan mungkin jugak ramai yang belum tahu bahawasanya minuman berkafein tak elok diambil bersama Ephyra . Apa maksudnya tu ? Haaa , kalau diikutkan kafein ni memang tak elok kepada semua orang . Tak kisah la orang tu ambik Ephyra ke tak , kafein memang tak elok untuk kesihatan .Bagi perempuan mengandung , kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan . Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi , kelahiran pramatang , dan mengganggu penyerapan zat besi yang diperlukan . Secara umumnya , kafein boleh mempengaruhi sistem jantung , pencernaan , sistem saraf dan sistem darah . Kafein yang mula memasuki tubuh badan akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari yang sepatutnya . Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh . Kerana itulah , ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok adalah sangat tinggi . Kesan pengambilan kafein terhadap sistem saraf boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar - ketar , pening kepala , loya , atau cemas sepanjang waktu .

Tak dinafikan , kafein bukanlah 100% memberi kesan negatif kepada kita . Kebanyakan produk kafein mengandungi antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser . Di samping itu juga , ia kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain . Namu begitu , janganlah pula diambil secara berlebihan kerana akan menyebabkan terjejasnya kesihatan . Oh ya , kafein ni bukan terdapat dalam kopi sahaja tau . Kafein turut terkandung dalam minuman bergas , teh dan coklat . Cuma dosnya sahaja yang berbeza . Seeloknya , pengambilan kafein ni diambil secara sederhana sahaja . Almaklum la , kafein ni sememangnya addictive . Sekali minum , nak berkali - kali .


Saya sendiri mempunyai sejarah tersendiri bersama kafein . Dari zaman sekolah hingga la ke zaman universiti saya  sememangnya penggemar Nescafe . Nescafe 3 in 1 tu memang sentiasa ada dalam simpanan . Dalam sehari confirm saya minum paling kurang 1 cawan nescafe . Macam saya , saya memang suka berjaga malam dan siapkan kerja atau ulangkaji waktu kawan - kawan lain tidur . Dah jadi habit . Orang lain tarik selimut nak tidur , saya baru bancuh Nescafe dan hadap laptop . Pendek kata saya ni memang kaki Nescafe la . Nak dijadikan cerita , masa saya berada di tahun akhir universiti , saya dah mula selalu sakit kepala . Kadang - kadang hampir setiap hari . Pada awalnya saya sangkakan faktor cuaca yang panas sangat . Tapi tak , masalah tu berlarutan hingga la saya habis belajar dan mula terlibat dengan latihan industri . Masih selalu sakit kepala . Saya tak pasti adakah migraine , hypertension atau masalah lain . Saya tak berani jumpa doktor . Almaklum , saya memang kalau boleh tak nak sangat jumpa doktor . Tak suka . So atas nasihat kawan , saya kurangkan pengambilan Nescafe . Alhamdulillah sakit kepala makin kurang .

Then sejak saya amalkan minum Ephyra , saya dah betul - betul stop minum kafein . Kenapa ? Kerana saya diberitahu bahawa kafein boleh mengganggu proses penyerapan khasiat Ephyra ke dalam badan saya . Ephyra ni bukan murah . So saya taknak la duit yang saya gunakan untuk beli Ephyra ni terbazir macam tu aje . That's why saya stop minum kafein . Alhamdulillah , sekarang saya dah tak sakit kepala lagi . Sungguh , saya sendiri tak perasan . Bila keluarga tanya samada saya masih selalu sakit kepala , baru saya perasan yang saya dah lama sangat tak sakit kepala . Dan saya tahu apa penyelesaian masalah sakit kepala saya tu . Ada dua sebab . Pertama , kerana saya dah tak minum kafein . Kedua , khasiat Ephyra . Kedua - dua faktor ni membantu saya hilangkan masalah sakit kepala saya tu . Padahal sekarang ni cuaca sangat panas terik . Kalau dulu , cuaca panas sikit saya dah mula sakit kepala . Sekarang ni memang tak sakit pun . Setiap hari saya keluar jalan kaki ke stesen LRT yang memakan masa 20 - 25 minit dari rumah saya , bertujuan pergi pos atau pergi COD Ephyra kepada customer . Tapi alhamdulillah , walau cuaca panas tahap rasa nak terbakar kulit ni , kepala saya tak sakit pun . Betullah orang cakap , kalau kita betul berusaha untuk sesuatu , kita akan dapat . Saya berusaha untuk sihat , so saya dapat apa yang saya nak . Dan saya takkan berhenti berusaha lagi :)


Bagi penggemar tegar kopi , jangan takut pulak nak consume Ephyra ni . Boleh . Bukan tak boleh langsung . Lagipun kafein ni ada jugak sedikit sebanyak kebaikan untuk kesihatan kita . Adakah kerana kita takut kencing manis , kita langsung tak minum benda manis sepanjang hidup ? Adakah sebab tak nak darah tinggi , kita langsung tak makan garam ? Tidak ! Kita ambik semua tu , tapi berpada - pada dan kena dengan caranya . Untuk kes Ephyra dan kopi ni , pengguna boleh minum kopi . Tapi elakkan minum terlalu banyak dan jarakkan waktu kita minum kopi dengan Ephyra ni . Contohnya kalau waktu pagi lepas Subuh sebelum breakfast kita minum Ephyra , tunggu la 5 - 6 jam lepas tu baru kita minum kopi . Tak pun , kalau kita ni memang dah habit setiap pagi wajib minum kopi , minum la Ephyra waktu malam before tidur . Tapi kalau nak kurang kan terus minum kafein macam saya ni pun , boleh jugak . Kalau sanggup la . Saya takde la tak minum langsung kopi / nescafe . Pergi rumah orang kalau orang hidang kopi takkan la saya mengada sangat nak mintak milo kot , kan ? Minum jugak . Cuma sangat - sangat jarang . Sekarang saya tengah latih diri saya untuk banyakkan minum air suam . Moga - moga berhasil :)


Oh ya , ini untuk catatan diri sendiri dan juga pengguna Ephyra diluar sana . Jangan ambil Ephyra atau sebarang vitamin bersama ubat - ubatan . Maksudnya . kalau kita dah minum Ephyra / vitamin , tunggu hingga 3 - 4 jam lepas tu baru makan ubat . Jangan terkeliru pulak ubat dengan vitamin . Ubat dengan vitamin tak sama tau ! 



Nak sihat , cantik dan bertenaga bersama Ephyra ? Boleh hubungi pihak Oceanlife terus atau boleh beli Ephyra dari saya , pengedar sah Ephyra untuk promosi harga Ephyra yang lebih menjimatkan .

sms / whatsapp saya di 0145259353





Sunday, February 9, 2014

New DIY project coming soon

February 09, 2014 6
New DIY project coming soon


Dah lama dah saya merancang untuk buat bisnes customized handpainted tote bag ni . Saya memang suka sangat buat apa - apa DIY project . Memang kena dengan jiwa la kata orang . Beberapa barang untuk painting memang dah lama beli . Tapi sebab sibuk dengan praktikal hari tu , so barang - barang tu tersimpan je kat bilik . Now saya rasa ada kelapangan waktu , so saya keluarkan barang - barang tu and start cuba - cuba lukis and warnakan kat plain white canvas tote bag . Try and error orang kata . Almaklum la , memang dah lama jugak saya tak melukis mewarna ni . Alhamdulillah , not bad la . I mean , takde la teruk sangat hasilnya . Bila polish sikit - sikit lagi , banyakkan melukis lagi , mesti akan bertambah baik . Ini salah satu benda yang memang saya nak sangat buat dari dulu . Bisnes customized tote bag . Kat bawah ni beberapa hasil tangan saya yang saya hasilkan semalam . Apa komen korang ? Ok tak ? Yang ni macam simple je saya buat . Yela , try je kan dulu . Masih dalam tempoh percubaan ni .

Instagram

Yang ni saya buat untuk anak sedara saya, Qaseh Izz Zara . Beg buat simpan mainan .



Actually yang saya buat ni saya guna canvas bag yang nipis sikit . Kalau nak buat bisnes memang kena guna yang lebih berkualiti la . Yang ni sebab nak try je kan . Sekarang saya tengah survey - survey canvas bag yang tebal dan berkualiti untuk bisnes tu nanti . Once saya dah jumpa yang sesuai , saya akan open order . Kalau uols ada tahu mana - mana online shop yang jual canvas ber berkualiti dengan harga reasonable , boleh la share dengan saya ye . Saya ada terfikir nak jual ombre canvas bag jugak . InshaAllah , doakan saya ye :)




Friday, February 7, 2014

cny break story.

February 07, 2014 2
cny break story.


Long time no update . Little bit busy with my new business , Ephyra . Ephyra ? What's that ? Okei , Ephyra tu adalah supplement untuk kecantikan dan kesihatan luar dan dalam . Both men and women can consume Ephyra . Next entry iols cerita pasal Ephyra tu k .   Entry ni nak story pasal Chinese New Year break haritu . Or kalau korang dah tak menahan nak tahu pasal Ephyra tu , boleh whatsapp me at 0145259353 . Sms pun boleh , but i preferred whatsapp la . Kredit tak berapa nak ada . iols dah jarang topup sejak sendirian ni . Top up untuk langgan data plan semata .

On our way back to hometown 

Okei , back to the main topic . Hari Rabu 29 January kitorang gerak balik Kelantan . Kitorang tu refer kepada me & my siblings yang sama - sama stay KL . Well , seriously saya paling suka kalau balik kampung beramai - ramai sekali dengan adik beradik . Terasa kemeriahan nak berkumpul beramai - ramai . Walaupun kitorang ni pure Malay & of course tak celebrate CNY ni , but still tetiap tahun kitorang memang ternanti saat ni . Chinese New Year mostly semua orang akan dapat cuti lebih kurang seminggu . Seminggu tu cuti am campur cuti yang di apply la . So time ni la kitorang satu family nak kumpul ramai - ramai . Macam CNY tahun ni , semua ahli keluarga balik kampung . Happening sangat . Rasa excited semua orang ada . Mostly my siblings kahwin dengan orang senegeri . So takde problem balik cuti kat kampung siapa . Kecuali my sis , Mama Izz Zara . Her husband is from Perak tapi cuti CNY kali ni dorang balik Kelantan , our hometown . 

Danish super excited dapat beg sekolah dan robot . Yang dekat mata dia tu macam kena infection sikit time tu . Lasak sangat .


Dah besar macam - macam ragam depa ni .

Macam tak caye pulak gambar ni langsung tak filter . Hihi sukaa


Lots of time we spent together at our home . Rumah dimana kami 9 beradik membesar . Makan masakan mak . * Rindu tetibe * . Main dengan anak sedara sekalian . Time ni la my mom & dad nak luang masa dengan cucu - cucu dorang . Nampak betapa happy diorang bila anak cucu pakat - pakat balik semua . Rumah jadi meriah . Time ni jugak la banyak kenduri sana - sini . Kesian mak . Tetiap hari ke sana - sini attend kenduri , sampai demam dibuatnya . Sayu je hati bila mak demam . Risau pun ada . Mak bukan selalu demam pun . Dia jenis yang tak boleh duk diam . Usia dah meningkat pun dia masih cergas buat itu ini . Macam jugak ayah . * ahhh , rindu *

bbq time


So few days before kitorang balik KL , kitorang semua plan pergi picnic kat Jeram Linang . Buat BBQ sama . Homaigodd , lama gila tak picnic beramai - ramai macam tu . Happy gila kot . Dah besar panjang pun tak segan silu terjun berendam kat air terjun . Weehooo  ! Tarik anak - anak sedara sekali , rendam dorang dalam air sampai terjerit - jerit kesejukan . Haha . Gambar tak banyak sangat sebab kalau dah berendam tu memang tak ingat nak ambik gambar dah . Haha . Ada la jugak gambar . Tapi mostly snap pakai camera kakak dan abang . Tak ambik pun lagi dengan dorang .

Bila dah sampai masa nak balik KL semula , sayu je hati . Berat sungguh hati ni . Ntah bila la boleh kumpul ramai - ramai macam ni lagi . Huuuu . Btw layankan jela gambar - gambar iols menggedik selfie dengan si Isya ni .






Dah besar dah Qaseh Izz Zara ni

Bangun - bangun je terus hadap mainan  Pastu kemain mintak tangkap gambar dengan hasil kekreatifan dia bina rumah mainan tu




Till we meet in next entry yawww !


Saturday, February 1, 2014

Susahnya nak cari kerja.

February 01, 2014 6
Susahnya nak cari kerja.


Dah sebulan dah menganggur lepas habis praktikal hari tu . Bosan . Belum dapat kerja . Tapi dalam pada menganggur tu takde la saya duk saja - saja goyang kaki je . Tetiap hari saya duk apply kerja sana - sini . Business Ephyra pun bukanlah hangat - hangat tahi ayam . Elok je berjalan tetiap hari ada je orang beli . Sometimes tolong jaga anak sedara . So takde la duk saja - saja pun . 


Rezeki masing - masing . Nak buat macam mana belum rezeki saya agaknya . Kawan - kawan ada yang dah kerja , ada yang sambung master , dan tak kurang juga yang masih menganggur . Ada . Pasti ada kerja nya nanti . Cuma belum masanya mungkin . 



Mostly kerja yang saya apply adalah kat KL . Tapi susah jugak . Saya takde transport , so nak cari kerja pun kena la dekat tempat yang berdekatan dengan kemudahan awam . Kat Kelantan pun ada jugak apply . Alhamdulillah la kalau saya dapat kerja kat Kelantan . Dekat dengan mak ayah . Actually planning saya memang nak kerja sekitar KL dulu awal - awal ni sebab senang sikit boleh pergi kerja dengan LRT . *beginilah nasib orang takde transport* . Dah kumpul duet , beli kereta nanti baru nak apply kerja kat Kelantan . But then haritu masa balik kampung sebab nenek meninggal tu , ada orang tanya saya tengah belajar kat mana *sedara mak tapi saya tak berapa kenal pulak* . Then mak saya cakap , " Dia dah habis belajar dah . Baru je habis . Tengah cari kerja . Kalau dapat kerja kat Kelantan pun bagus jugak . Alhamdulillah . Dekat sikit . Anak - anak yang lain semua jauh . " . Apa perasaan korang bila mak korang cakap macam tu ? Of course rasa agak tersentuh . Mak mengharap anak - anak dia tinggal dekat dengan dia . Anak - anak dah besar panjang mostly kerja luar kelantan . Mak ayah mesti bosan kat kampung , mesti rindu anak - anak . Sedih pulak bila fikir . Time kecik , ramai je anak . Riuh rendah rumah . Bila semua dah besar , dah kerja , sunyi je rumah . So saya decide kalau ada kerja kat Kelantan , memang saya akan apply . Macam yang mak harapkan , biarlah saya tinggal dekat dengan dia . Tapi tu la , tak banyak la kerja kat Kelantan . Harap - harap sangat lepas ni banyak peluang kerja kat Kelantan .






p / s : Doa kan saya cepat dapat kerja . Tak kisah di Kelantan ke , KL ke . At least biar segera dapat kerja , biar segera mak ayah dapat merasa duet gaji anak dia yang ni :)