Sunday, January 26, 2014

Jualan Coklat Beryl's Sempena Tahun Baru Cina.



Semalam pergi kilang coklat Beryl's kat Seri Kembangan . Ada jualan coklat sempena CNY . Dari hari tu lagi teringin nak pergi . Tapi baru berkesempatan . Pergi dengan kakak - kakak , abang ipar , dan anak sedara . Motif utama nak beli coklat tiramisu white choc , malangnya yang tu dah habis time tu . Ada yang dark choc dan milk choc je . Coklat lain banyak la jugak . Semua best - best . Tak tahu nak pilih yang mana satu ha . Harga ? Not bad la . Ada yang dijual jauh lebih murah berbanding harga biasa , ada yang takde la murah sangat . Biasa lah tu . Okei , layan jela gambar - gambar ni .









Masa pilih coklat tu rasa nak je ambik semua . Malangnya kena la sedar diri . Dah la menganggur , ada hati nak beli banyak - banyak . Ini pun dah banyak . Huuuuu


 Yang ni murah je . Singgit lebih je satu .

Actually ni la Tiramisu . Tapi yang ni dia letak dalam plastik cerah je sebab yang ni ada defect . Bukan defect apa sangat pun . Defect dari segi bentuk je . Tak betul - betul bulat , ada yang terlebih lonjong . Tapi sama je . Yang ni murah sikit .

Yang ni sedap . Coklat putih dengan strawberry .

Yang ni RM5 je satu plastik . Sedappp !

Yang ni macam cookies kot . My sis beli untuk Qaseh .

Camior . Yummmyyy



Kalau korang nak pergi , sempat lagi . Jualan ni sehingga 29 January 2014 . Sempat lagi . Kat Seri Kembangan .

7 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.