Tak tahu macam mana nak mula entry ni . Baca tajuk macam gempak je kan ? Nak share pengalaman selepas guna produk . Berdebar iols tau ! Haha . Bila sebut pasal Ephyra ni , memang banyak sangat benda nak dicerita . Sampai tahap tak tahu nak mula cerita yang mana dulu . Sejak jadi pengguna Ephyra & alami sendiri keberkesanan Ephyra ni , saya memang pantang dengar orang cakap / tulis pasal Ephyra . Terus rasa eksaited semacam ha . Mula la sebok nak menyampuk cerita jugak pasal betapa in love nya saya ni dengan Ephyra .
|
Favourite drink ever . I'm so into you Ephyra ! |
First saya try Ephyra , saya beli trial set . Boleh baca kat
sini kalau nak tahu pasal tu . Then lepas dah habis 10 sachet tu , saya yang berstatus pelajar ni takde duet nak beli Ephyra . So pasrah dalam tak senang duduk . Yela , nak jugak consume Ephyra tu walaupun poket kosong . Haha . Almaklum la , time tu saya dah rasa kesan penggunaan trial set Ephyra tu . So bila dah habis , memang tak senang duduk duk fikir mana nak cari duet beli Ephyra . Sumpah eksaited gila time tu . Duk cerita kat kawan - kawan pasal Ephyra ni , dah macam duta Ephyra dah ha . Tapi takpe , time tu bukan saya sorang je yang tengah jatuh hati dengan Ephyra ni . Ada geng ha . Kakak saya
Mama Izz Zara pun turut tergilakan produk ni . Di takdirkan satu hari tu saya menang satu kotak premium Ephyra sebab join contest kat blog
kak Filla . Sumpah rasa nak melompat je time tu . Happy kot .
Bagaikan orang takde duet tetibe duet jatuh dari langit ha . God , i'm so in love with Ephyra . Ephyra ni memang addictive sungguh lah ! Sehari tak minum Ephyra rasa tak senang duduk dibuatnya .
So saya sambung consume Ephyra ni . Sekarang dah habis dah pun sekotak yang dapat free tu . Dan sekarang saya masih consume Ephyra . Kali ni korek tabung beli sendiri
* tipu , bukan korek tabung tapi guna duet elaun praktikal haha * . Oh ye , selain kakak saya
Mama Izz Zara , saya jugak dah berjaya pengaruhi kakak saya yang lagi sorang untuk consume Ephyra . Alhamdulillah , kami tiga beradik sangat happy dan berpuas hati dengan kebaikan yang Ephyra berikan kepada kami . Memandangkan kami memang berpuas hati dan yakin dengan Ephyra ni , so kitorang decide untuk jadi sebahagian dari pengedar Ephyra . Dah jadi dealer Ephyra dah pun kitorang . Happy gila dapat sebarkan benda baik kat orang ramai . Alhamdulillah sambutan pun menggalakkan memandangkan dah makin ramai orang yang sedar betapa hebatnya Ephyra ni . Kejap lagi kita story apa kebaikannya . Gambar kat bawah ni adalah gambar muka saya sebelum dan selepas saya consume Ephyra . Kedua - dua gambar adalah 100% naked face
* even bedak pun tak pakai * . Penat tahu godek laptop cari gambar naked face yang ditangkap sebelum saya consume Ephyra . Nasib baik ada gambar yang ditangkap lepas raya Aidil Fitri hari tu . Time tu tak kenal Ephyra lagi .
* ekceli malu gila kot nak tampal gambar muka togel - togel tak pakai pape kat sini . Tapi tampal jugak sebab eksaited sangat nak share kebaikan Ephyra ni . Tolong jangan gelak atau kutuk k *
|
Yang sebelum tu , gambar masa lepas raya Aidil Fitri hari tu . Yang selepas tu , gambar dua malam yang lepas . Both picture adalah gambar tanpa sebarang mekap atau solekan . |
Okei , jom cerita pasal kesan yang saya alami sendiri setelah guna Ephyra . Saya tekankan sekali lagi , KESAN YANG SAYA ALAMI . Saya taknak cerita pasal orang lain sebab saya tak tahu kebenarannya betul ke dorang alami perubahan tu . Sekarang ni saya just nak cerita tentang kesan Ephyra pada diri saya je . Yang saya sendiri alami sekaligus buat saya yakin sangat - sangat dengan produk ni .
Tak mengantuk !
Ini kesan paling awal yang saya perasan . Seriously awal . Dalam hari kedua or ketiga camtu , saya perasan yang saya dah tak mengantuk lagi dah pepagi bila pegi ofis . Selalunya sampai ofis je , saya sambung lelap kejap 2 or 3 round sampai la agak - agak dah ramai staff yang datang baru saya bangun . * time ni saya tengah praktikal , now saya dah habis belajar * . Memang eksaited gila lah . Time tu saya rasa kagum pulak dengan diri sendiri . Dengan bangganya balik rumah cerita kat kakak "Eh , kebelakangan ni aku dah tak tido kat ofis . Bertenaga je setiap hari . Boleh jadi pekerja contoh , kan ? " - * baca dengan nada eksyen gila pastu kakak tak percaya , haha * .
Kulit muka licin !
Yang ni pun saya dah pernah cerita kat entry
INI . Muka saya memang takde masalah jerawat . Jarang sangat jerawat tumbuh . Syukur alhamdulillah . Cuma masalah kulit kusam , tona tak sekata dan kulit berminyak je . Minggu pertama consume Ephyra saya dah jadi perempuan - buang - tebiat - yang - suka - usap - pipi - sendiri - sambil - senyum - senyum . Haha . Almaklum la , sape tak suka bila kulit kita tetibe je jadi lembut & licin . Kan ? Double excited tau ! By the way dulu kulit muka saya selalu kering tau . Sekarang ni dah tak kering . Moist je walaupun kadang - kadang malas gila nak apply pelembap . Soal kulit berminyak dah tak timbul lagi . Kalau nak pergi mana - mana dan tak sempat nak pakai pape kat muka , langsung tak risau dah . Cuci muka je dah cukup . Sarung tudung , then keluar . Lagi buat hati berbunga - bunga bila kakak kita puji ckp muka kita nampak makin kebaboom . Hikhik . Tak percaya sila tengok screen capture kat bawah . Payah tau kakak kita nak puji adik dia yang selalu clumsy ni .
Excuse our Kelantan dialec , hihi
Kalau yang tadi gambar tanpa mekap , kita tengok pulak perbandingan gambar yang ada sedikit olesan bahan kimia [ bedak , lipstick , foundation , eyeliner , mascara ] . Nampak tak beza gambar sebelum dan selepas ? Berminyak gila kan gambar yang sebelum tu ? Rasa nak sorok muka dalam beg ! Oh ye , gambar - gambar ni tak di filter pun tau . Yang sebelum adalah gambar dalam bas . Yang selepas tu gambar dalam kereta .
Melancarkan sistem pelawasan * alamak ! sistem pelawasan ke ? Orang panggil macam tu ea ? *
Yang ni ketara . Kalau tanya kawan - kawan rapat saya , tahu lah dorang betapa saya ni jarang pergi toilet . Nak tidur malam pun jarang pergi toilet . Bangun pagi pun tak segera ke toilet . Kawan saya pernah berseloroh , " Eii tak normal lah kau ni Emi ! " .Tapi Alhamdulillah , kebelakangan ni saya dah normal macam orang lain . Hihi . Dah macam terlebih kerap pulak dah rasanya ke toilet . Kejap - kejap nak ke toilet . Bangun tidur je gegas - gegas cari toilet . * Baru lah terasa lebih manusia , haha * . Tapi jadi masalah bila ofis tempat saya praktikal hari tu toiletnya selalu rosak . Haha =='
Selera makan lebih teratur
Honestly kalau sesape kenal saya , memang tahu la yang saya ni selera makan kurang . Dari dulu memang macam tu . That's why berat badan saya tak pernah ok . Nak tahu berat badan saya berapa ? Di usia saya 23 tahun ni , range berat badan saya adalah 37 - 39 kg sahaja . Memang saya underweight . Duk turun naik macam tu je . Kalau tak 38 kg , 37 kg . Pernah la sekali naik jadi 40 kg . Tapi kejap je . Next week nya saya pergi timbang dah turun jadi 39 kg balik . Alkisahnya masa cuti tahun baru hari tu saya keluar dengan adik beradik saya . Jumpa penimbang kat mall , saya timbang . Terkejut gila ! Berat saya 42.6 kg ! Homaigoodd ! Rasa nak teriak kuat - kuat happy nya rasa . Terus update kat instagram . Hihi . Kakak saya
[ mama Izz Zara ] cakap , dia memang perasan lately ni saya kuat makan
* saya tinggal dengan dia * . Asyik nak makan aje . Kejap - kejap makan . Bila dia cakap macam tu baru saya perasan memang saya asyik rasa lapar je lately ni . Berat badan sekarang tak pasti sebab tak pegi timbang lagi . Rupa - rupanya Ephyra ni boleh stabilkan selera makan & juga berat badan secara perlahan - lahan .
Mengurangkan sakit badan , otot & sendi
Biasanya saya ni kalau keluar jalan - jalan atau angkat barang berat , memang waktu malamnya saya akan rasa sakit badan . Especially bahagian betis , lengan dan bahu . Kalau jalan lama sikit , malam nya memang betis ni rasa berketul aje sakitnya . Mula la tak larat . Nak - nak lagi kalau keluar jalan - jalan tu pakai heels atau wedges . Memang sakit la kan . Tak sangka sungguh . Bila minum Ephyra ni , betis saya tak rasa sakit sangat walaupun seharian jalan pakai wedges . Ada la rasa sakit sikit , tapi tak teruk macam selalu . Ya Tuhan , ini bagus . Bagus sebab nanti boleh la selalu keluar jalan - jalan habiskan duet sebab betis dah tak sakit . Hihi *tumbuh tanduk * :D
Migraine / hypertension / sakit kepala
Saya tak sure la saya ni ada migraine ke tak . Tapi yang saya tahu saya selalu sakit kepala . Dan keadaan ni makin menjadi - jadi bila saya berada di tahun akhir dekat universiti . Almaklum , stress denagn projek tahun akhir . Then bila saya start praktikal , keadaan ni bertambah teruk . Boleh katakan tetiap hari saya akan start sakit kepala bila dah dekat zohor . Yela , pening menghadap coding sepanjang hari * dilemma budak IT * . Cakap kat kawan , dia cakap maybe hypertension kot . Saya tak pergi jumpa doktor sebab busy sangat * padahal takut * . Then tak lama lepas tu saya start minum Ephyra . Dan sekarang bila saya ingat balik , baru saya perasan yang sejak minum Ephyra ni saya dah jarang teramat sakit kepala . Kalau ada sakit kepala pun sebab saya terlebih tidur je . Haha .
Lepas ni i'm looking forward untuk kesan - kesan lain seperti :
- hilangkan parut . Bukan kat muka . Tapi parut kat tangan dan kaki . Parut dari zaman kecik . Masih belum hilang . Harap sangat bila dah lama minum Ephyra ni , parut tu akan hilang nanti .
- Senggugut . Yang ni belum berkesan lagi pada saya . Mungkin perlu lebih lama consume Ephyra , baru ada kesan ni pada saya .
- Kurangkan rabun & silau mata saya . Saya tak suka pakai spek . Tak suka . tapi power silau dah terlampau banyak . Hope Ephyra boleh bagi kesan ni satu hari nanti .
- Eye bags . Ya Tuhan , saya tahu saya minum la produk apa pun , eye bags saya takkan hilang selagi saya tak betulkan waktu tidur saya . Haha . Saya suka berjaga malam . So eye bag selalu bertandang . Walaupun saya tahu yang saya kena betulkan waktu tidur saya dulu kalau nak hilangkan eye bag , but still saya harap Ephyra boleh beri keajaiban terhadap mata saya ni . Haha . I wish i wish i wish !
Panjangnya kan entry ni ? Haha . Last but not least saya nak share satu video ni . Anak sedara saya
[ anak
Mama Izz Zara ] ni suka sangat main dengan shaker Ephyra , kotak Ephyra , mahupun sachet Ephyra . Ya Allah , memang berebut dengan dia tiap kali saya nak minum Ephyra . Tak bagi kang menangis . Bila dah bagi , dia memang tak kasi kat kita balik dah . Dua benda yang dia akan tuju tiap kali merangkak masuk bilik saya iaitu kotak Ephyra dan beg mekap saya . Haha .Tapi Ephyra lagi menarik perhatian dia berbanding beg mekap . Enjoy this video !
:D
|
Nampak tak ? Pantang nampak shaker Ephyra , laju je dia hulur tangan nak ambik . |
Berminat nak cuba Ephyra ? Boleh sms / whatsapp saya kat 0145259353 untuk promosi harga menarik atau boleh terus contact pihak Oceanlife :
Email : oceanlife2u@gmail.com
Website : http://oceanlife2u.com/
Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
p / s : Ya Tuhan , suka sangat dengan setiap perubahan yang berlaku ke atas diri . Alhamdulillah . Saya anggap ini semua sebagai bonus la ke atas diri saya . Yela , tujuan awalnya saya minum Ephyra adalah sebab nak atasi kelesuan & nak tambah tenaga supaya lebih cergas . Tengok - tengok banyak jugak hasil yang saya perolehi dari Ephyra ni . Syukur sangat - sangat . Bila sesuatu produk tu memang kita dapat arsa kesannya , secara tak langsungnya kita sendiri pun rasa seronok nak kongsikan dengan orang lain . Yela , biar sama - sama merasai manfaatnya .