Today , i'm officially finished my internships . Time flies so fast . Rasa macam baru je lagi join company tu sebagai student intern . And now , there's no more liferay , no more oc4j , no more eclipse , no more toad , no more javascript , no more documentation . At least for now la . Dah start kerja kat mana - mana nanti kena la hadap balik benda alah tu semua . Well , yang pastinya i'm no longer a part of ejkm team . Sobbsss :( *okei tak payah nak over sangat ye*
Lepas ni mesti ada orang lain duduk meja tu . Hmmm . Sedih jugak la . Happy sebab dah habis internships dengan jayanya . Sedih sebab rasa sayang pulak nak tinggalkan tempat tu . Walaupun tak sampai 6 bulan kat situ . Walaupun takde la rapat sangat dengan semua orang , but still ada yang buat kita rasa kehadiran kita dihargai . Cheeewahh , gitu . Haha . *takdelah gurau je*
Awal - awal masuk dulu tak kenal sesiapa kecuali my sis *my sis kerja situ that time , same department as mine . Bezanya she's a staff while i'm an intern student* . Pergi kerja dengan dia , balik dengan dia . Bosan - bosan kat ofis , bergosip dengan dia via skype . Lunch mengekor je dia dengan kawan - kawan dia *tak remaja sungguh rasanya kawan dengan kakak - kakak . Haha . I mean , i dun have any friends there yang sama baya* Forever alone , haih . Ada je student intern from another universities kat situ . Tapi macam kekok sikit sebab dorang kind of satu geng gitu . So kita rasa tersisih la . Ditambah pulak kita lapor diri lambat sebulan berbanding dorang . Rasa macam susah sikit la nak masuk dengan dorang sebab dorang sentiasa dengan geng dorang je . Get what i mean ? Haha anggap jela faham . Tapi ada jugak la lepak breakfast sesama dengan dorang sekali - sekala . Okei je dorang tu , baik dan sporting .
Then lepas my sis berhenti kerja kat situ , there's no more kawan gosip . Tapi beberapa hari aje la . Lepas tu , ngam dengan kak Haidah pulak . She's the one yang paling banyak tolong sepanjang kat sana . Bila kak Ayu assigned tugas tapi kita buat tak jadi - jadi , error macam - macam , kak Haidah la yang jadi tempat nak rujuk . Haha . Tak lokek ilmu dia tu . Memang dia akan cuba tolong sampai dapat . Tapi hari ni last day tak jumpa dia pun , sebab dia cuti . Hari selasa hari tu dia dah cakap awal - awal , "start Krismas sampai tahun baru , akak cuti . tak boleh jumpa emi dah . bye , jaga diri . goodluck interview kerja nanti ." wuuuuu . . sedih jugak .
Bila dah dekat nak habis , ramai pulak yang tanya "tak terus stay sini ke ? Bagitahu la Kak Ayu or En Rahim , nak terus kerja sini . Mintak dorang rekemenkan . Komfem dapat punya . Student praktikal before2 ni pun camtu " . Especially Kak Haidah dan Dzarif , beriya sungguh dorang suruh stay je situ . Petang tadi pun , lepas sembahyang Jumaat Dzarif tanya lagi , " Emi , kau tak mintak ea ? Pi la mintak kat En Rahim , cakap nak kerja sini . Boleh punya ." . Mekasih *dalam hati memang nak je terus kerja situ* . Malangnya dah berhari - hari tak nampak bayang kak Ayu mahupun En Rahim kat ofis . They're soooo busy . Dzarif suruh skype je en Rahim , malangnya maaplah , tak pernah pun add en Rahim kat skype .Takpelah , mungkin bukan rezeki .
Now i really have to say goodbye to my intern life *sobss* . Welcome to another phase of life . Moga kau cepat beroleh kerja , Emi :')
p/s : btw hari last jumpa kak Ayu haritu , dia kasi satu sampul . Ada baucer AEON RM100 dalam tu . Dari company katanya . Tanda penghargaan untuk pelajar praktikal . Yeayyy .
wahh.. bestnya dah hbs intern kan.
ReplyDeleterezeki plak tu dapat voucher aeon tu. hihi