November 2013 - emilinda

Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

November 25, 2013 11
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.



p / s : Btw nak tambah review sendiri pasal Ephyra ni . Saya dah try yang trial set tu . Seriously suka sangat - sangat ! Consume 2 hari dah rasa kesannya . Kulit rasa lembut mulus je . Asyik nak pegang kulit muka sendiri , hihi . Pastu sebok duk cerita kat cik kakak berkali - kali kononnya muka kita ni dah lembut lepas minum ephyra . Kakak tak percaya sebab baru dua hari minum . Then dia pun try jugak . Barulah dia percaya ! Lagi satu kesan yang ketara ialah dah tak mengantuk dah pepagi bila minum ephyra ni . Selalu asyik layu aje pepagi bila sampai ofis praktikal . Sempat tidur dua tiga round . Tapi lepas minum ephyra , segar bugar je walaupun tidur lambat . Sukaaa sangat ! Tapi buat masa sekarang stop kejap minum ephyra memandangkan poket tengah kering . Almaklum , masih status pelajar lagi . Mana ada duet sangat . Huuu . Nak kumpul duet beli ephyra la !

Thursday, November 21, 2013

Weekend ni, Maternity & Children Expo kat Mid Valley.

November 21, 2013 7
Weekend ni, Maternity & Children Expo kat Mid Valley.


Date : 22 - 24 November 2013 [ Fri - Sun ]
Venue : MidValley Exhibition Center
Time : 10am - 9pm


------------------------------------------------------


Amacam ? Siapa yang plan nak pergi Maternity & Children Expo kali ke 6 ni ? Mama - mama , papa - papa sekalian , jangan lepaskan peluang ni . Dengar katanya banyak barang baby yang dijual dengan harga promosi , much cheaper than market price . Pastu banyak freebies & goodies diberi . And , kalau nak test or survey barang - barang baby macam walker , rocker , tilam baby , play mat , sume tu boleh la pi sana . Saya ? Ekhem !! Plan nya nak pergi walaupun masih bujang takde baby . Anak sedara pun kira anak la jugak kan . Hihi . Kemain , minggu lepas pi baby expo jugak . Minggu ni pun ada lagi baby expo . Actually bukan saya saja suka - suka nak pergi sana , tapi kakak saya yang nak pergi sana . Almaklum , orang ada anak memang suka la pi sana . So better saya ikut kan daripada duk sensorang kebosanan kat rumah . Tu pun kalau jadi lah . Mana la tahu tetiba Encik Bos atau Puan Supervisor suruh kerja weekend ni . Huuu . Harap - harap tak la .




Tengok banner kat atas tu , banyak jugak brand yang terlibat . Macam menarik je. Hehe . Comel pulak goodies bag MamyPoko tu . Btw kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal tawaran dan brand yang ada kat Maternity & Children Expo ni , boleh ke Facebook page Maternity & Children Expo




Tuesday, November 19, 2013

Don't simply judge.

November 19, 2013 5
Don't simply judge.


Yesterday i read a Facebook status updated by my friend, Kauthar . It's an interesting short story , a really short scene but so heartbreaking . Terpanggil untuk share di sini . Ada pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah pendek ni .



A father entered a train with his 2 children. It was evening. The father took a seat,sat down emotionless, looking to the ground.

His 2 children ironically was so hyperactive, ran from door to the door,chasing people he met. Passengers were very irritated. The train passed by 1 destination, 2 destinations, 3 destinations. One passenger came to the father,said "your children is very irritating. couldnt you take care of them?".

without expression, the father replied "we just came back from the hospitals,and their mother was dead". what do you think the response of the other passengers?

communication may change our perception & improve the way we manage things in our life.


Don't simply judge people without even know what is his / her real situation / problem . Our judgemental words might hurt them even more . Even if we know their problem / situation , it won't be the same . We are not in his her situation , we don't feel the pain 

.

Saturday, November 16, 2013

International Baby Expo (IBEX) 2013 KLCC 15-17 November

November 16, 2013 8
International Baby Expo (IBEX) 2013 KLCC 15-17 November

Walaupun hari ni hari Sabtu , pagi - pagi lagi kakak dah kejut . Suruh siap - siap , nak pergi International Baby Expo [IBEX] kat KLCC . Nak cari barang - barang Qaseh katanya . Kena pergi awal takut jalan sesak . Kitorang memang suka pergi event - event macam ni . Seronok sebab macam - macam promosi ada , dan paling suka bila dapat free gift . * dah macam emak - emak dah 


Okei , lepas breakfast kitorang gerak . Sampai awal , hall tak bukak pun lagi . So lepak - lepak la cuci mata kat taman kejap .

Dengan si anak sedara , Qaseh Izz Zara

Dah jam 10:30 pagi , kitorang pun menapak ke dalam dewan , before tu register kat counter dulu . Dapat satu beg kaler putih . Terkejut bila tengok dalam beg tu . Ada susu Dumex Mamil All In One 500 gram . Perghhh . Apa lagi , si gadis bujang macam saya ni pun tumpang eksaited la . Benda free katakan :P *macam la ada anak nak kasi makan


International Baby Expo ni dah mula semalam lagi . Sampai la esok . So sesapa yang belum pergi , don't worry . Esok boleh terjah lagi . Pergi jangan tak pergi .


Malas la nak cerita pasal promosi segala bagai tu . Sebab tak ambik port sangat pun pasal tu tadi . Almaklum la takde anak , so tak tahu sangat la kalau sesuatu barang baby tu murah ke mahal . Ada yang memang murah la kot . Tapi nama je International Baby Expo , sebenarnya takde la international sangat sebabnya mostly booth yang ada kat situ adalah product malaysia punya booth . Ada la satu dua booth dari Singapore , Korea , Taiwan . 


Okei , ni part paling suka nak cerita . Freebies , atau bahasa senang nya adalah benda - benda free yang dapat hasil menyebok kat IBEX tadi . Bab benda - benda free ni memang laju je kan . Haha . Haaa ? Korang tak suka benda free ? Ahhh . . tipu . Tak caye langsung . Rakyat Malaysia ni sememangnya suka benda free , tak gitu ? Heee . Biasalah tu . Rasa puas hati tau bila dapat benda free , walaupun benda tu bukanlah keperluan . 


Banyak tak ? Banyak tak ? Mwahaha ! Ini hasil 3 orang pergi expo baby ni . Macam - macam dapat . Yang dalam gambar kat atas ni , semua free tau . Yang beli tak masukkan sekali dalam gambar ni . Jom layan gambar kat bawah ni untuk tengok lebih detail apa freebies yang diberi .


Ini Dumex Mamil All In One 500g , ada dalam beg putih yang dia kasi masa kita register kat kaunter before masuk dewan . Seriously 500g kot . Untuk 4 - 6 tahun . Harga kalau beli kat kedai RM38 something jugak la . Qaseh baru umur 7 bulan , so tak boleh minum susu ni . Nasib baik ada ramai anak sedara lain . Tapi kena kasi dorang try dulu la nanti . Kalau dorang tak minum , kitorang kasi la kat anak orang lain yang memang minum susu ni .


Ini sample pampers untuk si Qaseh . Brand Whoopee dengan Joy Links . Brand Joy Links ni first time dengar kot . Hehe .


Ini pulak sample nestum baby brand Ninolac . Yang ni pun first time dengar . Hehe


Yang ni mesti ramai dah biasa dengar kan ? Almaklum , Nestle punya produk katakan . Nestle Cerelac punya nestum .


Yang ni Pureen Liquid Cleanser 20ml . Alah , yang guna buat basuh botol susu baby tu .


Pureen Antibacterial Wipes .


Mainan . Smart Role - Play , daripada Enfagrow A+


Ini brand dari Taiwan . Not sure la benda apa ni . Pantyliner kot . Tak bukak tengok lagi . Brand Hibis .


Mainan . From Flex Babies .


Ini yang buat sangkut puting baby tu . Tapi anak - anak sedara saya sorang pun takde yang hisap puting . Memang tak pernah ajar hisap puting . Huhu . Brand Little Bean . Dapat lepas like Facebook Little Bean . Dapat 4 sebab saya dengan kakak saya masing - masing ada 2 akaun Facebook . Haha


This one ada dua cara nak dapatkan benda ni . First , beli satu kotak Cerelac . Second , register kat booth Nestle , dapat benda alah yang comel ni .


Last but not least , dapat Dibo School Bag dari Nestle sebab my sis beli banyak Nestle Cerelac . Comel gila beg ni . Kecik je . 




Okei , penat menaip . Sesape yang belum pergi , silalah pergi . Terutama yang ada anak / adik .


Friday, November 15, 2013

Bath & Body Works PocketBac Hand Sanitizer

November 15, 2013 12
Bath & Body Works PocketBac Hand Sanitizer



Ni haa . . BBW pocketbac yang kita pakai sekarang . Wangi sangat rasa asyik nak pakai je walaupun bau yg kat tangan tu belum hilang pun lagi . Benda alah apa ni ? Ni la Bath & Body Works PocketBac Hand Sanitizer yang akan diberikan sebagai hadiah kepada pengomen terbanyak bulan November . So apa lagi , meh sini meh hari - hari jenguk blog iols dan drop komen . Hihi 


PocketBac ni saya beli online , terbeli banyak la pulak sebab excited sangat nak beli , tambahan pulak ada banyak flavor . So tak tahu nak pilih which one , terus terbeli banyak . Hehe . Sume wangi - wangi . bau dia tahan lama kat tangan . BBW PocketBac Hand Sanitizer ni produk UK kalau tak silap . Ni pun beli direct dari seller yang stay oversea . Kebetulan katanya dia buat promotion free postage , so grab jela . Tak tahu ape tu hand sanitizer ? Alah , yang nak bunuh kuman kat tangan tu . Macam dettol sume tu kan ada hand sanitizer jugak . Tapi yang tu tak wangi macam ni . Yang ni wangi sangat , takyah pakai perfume dah . *eksaited




BBW PocketBac Hand Sanitizer ni ada banyak gila flavor . Ada sesetengah orang tu sampai buat collection kot benda alah ni . Boleh google untuk tahu flavor apa yang ada . 


Hasil Google 


Dilemma , nak kasi flavor apa kat top commentator bulan ni . Semua wangi - wangi kot . Hehe .




yeay it's friday ,
bearyblossom





Wednesday, November 13, 2013

collectible : McDonald's Hello Kitty Fairy Tales

November 13, 2013 35
collectible : McDonald's Hello Kitty Fairy Tales


Hai hai hai :) 


Korang suka makan McDonald's tak ? Heee . Frankly speaking , lately ni rasa muak dah sikit nak makan McDonald's . Sebab ? Entah la . . . bila tengok tu rasa tak bernafsu pulak . Tapi , ada satu benda yang buat saya ( ewahhh . . . macam good good je guna 'saya' kan ) keep going to McDonald's sekarang ni .


Tadaaaa !!



Comel tak ? Comel tak ? Comel kan ? Heee . . McDonald's punya Hello Kitty Fairy Tales . Tak tahu la sejak bila suka sangat kat Hello Kitty ni . Padahal before ni takde la minat pun Hello Kitty ni . Suka la . . tapi takde la sampai nak kumpul patung Hello Kitty . Tapi bila tengok 5 patung ni , rasa macam super duper comel pulak  dorang nih . Tapi yang kaler hitam tu macam scary pulak . Kehkeh . Setiap hari Khamis akan keluar design baru . For now , design yang The Ugly Duckling .


Starting 07 Nov : The Ugly Duckling
14 Nov : The Frog Prince
21 Nov : Wizard of Oz
28 Nov : Red Riding Hood
5 Dec : Singing Bone 


I've got an Ugly Duckling for myself weekend hari tu :)

Suka kotak dia sangat - sangat . Nampak comel gila .


^____^



Saiznya takde la kecik pun . Nak kata besar pun tak jugak . Ngam - ngam je Qaseh buat peluk . Heheh . Oh btw untuk dapatkan benda alah ni , kena beli any McValue set , then tambah RM9.95 kalau tak silap . Baru boleh dapat benda alah ni . Agak pokai la kalau nak kumpul kelima - lima design ni kan . Haha . Tambahan pulak untuk orang tak bergaji macam kita ni . Huuu . Tapi InshaAllah ada rezeki boleh la beli lagi design lain . Hikhik . Untuk penggemar McDonald's , memang tahu la kan pasal collectible Hello Kitty ni .  I'm not really a fans of McDonald's actually . Tapi bila keluar and tak tahu nak makan apa , McDonald's atau KFC la jadi penyelamat . Terutama kalau keluar sorang , memang McDonald's la tempat dituju . Takla segan sangat kalau makan McDonald's sorang - sorang . Dah biasa begitu .  Hehe . 




p/s : btw lately ni aku rasa berminat pulak nak kumpul collectible macam ni . My new hobby :)

Monday, November 11, 2013

UNBOXING : The first Cult Box ever.

November 11, 2013 15
UNBOXING : The first Cult Box ever.


It's time for beauty box update ! Actually Cult Box ni dah lama dah dapat . Before raya haji lagi . Tapi tak berkesempatan nak update pasal ni . Hehe . Cult Box ni merupakan salah satu beauty box keluaran The Lilac Box . Cult Box 1 ni merupakan Cult Box pertama dari The Lilac Box . And fyi , this is my first time subscribe beauty box dari The Lilac Box .


My first impression bila tengok packaging  macam WOWWW . Bagusnya . Dalam kotak coklat baru ada the real beauty box kaler hitam siap ada ribbon lagi . Exclusive sangat okei . Kotak dia memang keras sangat . Such a good quality of The Lilac Box . Packaging dia sangat teliti so that kotak hitam tu takkan rosak . 


Then bila bukak , ada welcoming notes kat satu card ni . Nampak kaler purple tu ? Haaaa . . dah boleh mula intai - intai produk yang ada dalam tu keyh , hihi .


Tadaaaaa . . !!

Okei , close up sikit !


Ada 8 items semua . Okei , jom kita tengok satu persatu produk yang ada dalam kotak hitam ni .

.
.
.
.


Eugene Perma Paris - Product penjagaan rambut dari French . Yang kanan tu Nourishing Hair Bath 50 ml . Yang kanan pulak Nourishing Mask 30 ml . Jangan terpedaya dengan nama tau . Bukan mandian atau mask k . Ianya adalah shampoo dan perapi rambut . Eugene Perma memang guna istilah macam tu untuk produk diorang. Ya Allah , produk Eugene Perma Paris ni seriously aku suka . Dah try . Bau dia memang shampoo paling best la aku pernah try . bau tak macam bau shampoo . Wangi sangat - sangat macam bau fruity gitu ha . Rasa lembut je rambut bila lepas guna . Hihi . Tapi palin aku suka memang bau dia la . 



Vagheggi Equilibrium - Produk penjagaan muka dari Italy . Dari kiri , Vagheggi Rebalancing Face Lotion 50 ml , tengah Vagheggi Equilibrium Cleansing Milk 50 ml , dan yang kanan sekali tu Vagheggi Oligominerals 10 ml . Honestly belum berkesempatan try yang ni lagi sebab right now tengah pakai produk lain untuk muka . So tunggu la habis yang sekarang ni dulu . 



Mistral Verbena Bath & shower Gel - Ni pun produk dari French jugak . Dia bagi yang 60 ml . Yang ni dah try . Best . bau macam lemon sikit , macam mint sikit . . tak tahu la nak explain . Tapi bau dia memang best , not bad .



Malu Wilz Eyeshadow - This one product from German . Dia kasi satu warna je , tapi alhamdulillah nasib baik dapat color ni . Suka color ni . Lately ni kalau nak pi jenjalan ke , suka pakai eyeshadow ni sebab warna dia sangat natural . Nasib baik dapat color ni . Baca review orang lain , ada yang dapat color yang kurang cantik . Hihi .



Haaa . time for the last one . Yang ni superb lah . Tengok kotak kat atas tu , comel je kan ? 



Bukak kotak , tengok ada lotion tangan fullzise ! Fullsize okei . It's Yes! Nurse Hand Cream 50 ml . Subhanallah , suka sangat - sangat . Lembut je tangan rasa bila pakai . Rasa nak cium selalu , hikhik . Baunya nyaman sungguh rasa . Benda alah ni kalau habis nanti aku memang nak beli lagi la . Memang nak pakai brand ni untuk lotion tangan . Ada cerita menarik tahu disebalik nama lotion ni .Tapi malas nak story , korang google la sendirik . Hehe . Btw harga lotion ni RM29.90 . Benda alah ni memang aku bawak pi memana je , letak dalam beg even time pergi ofis . Duk ofis tangan asyik kering sebab air-con , so sangat perlukan lotion tangan .




Berbaloi kan bayar RM50 untuk satu kotak yang mengandungi benda alah ni semua ? Yes , harga Cult Box ni RM50 sahaja . Berbaloi . . yela , harga Yes ! Nurse  Hand Cream tu pun dah RM29.90 , yang lain - lain lagi . Semua brand oversea . Pulak tu , kotak dia memang reusable lah pendek kata . Keras elok je , boleh guna buat simpan barang or kasi hadiah kat kawan . Heheh :P




Untuk tahun ni , kalau tak silap la , The Lilac Box dah tak keluarkan apa - apa beauty box dah . Tahun 2014 pulak baru dia keluarkan beauty box lagi . Cannot wait lah , hehe . Jom register kat The Lilac Box untuk dapatkan notification bila dia nak keluarkan box baru . For your information , The Lilac Box ni adalah beauty box paling laris kat Malaysia ni . Memang nak kena stand by kat depan laptop la pada tarikh dia keluarkan beauty box ni kalau memang nak beli . Kalau tak , memang tak sempat . Kadang - kadang 40 minit lepas dia release diorang punya beauty box , semua dah sold out . Hot bukan ? Hihi  



Klik SINI kalau nak join The Lilac Box ni :)



Sikap Orang Yang Gagal

November 11, 2013 7
Sikap Orang Yang Gagal


Few days back masa tengah online membuang masa , ada terbaca something tentang sikap orang - orang yang gagal . The moment i read it, i feel so motivated and i keep telling myself not to have all those bad habit . So that kita tak tergolong dalam kalangan orang yang gagal . I must remeber all those thing . Mesti sentiasa ingatkan diri agar tidak terbiasakan diri dengan sikap - sikap negative tu . So entry ni lebih kepada peringatan untuk diri sendiri la . 


Beberapa sikap orang yang gagal :
  • suka mendengar & terpengaruh dengan cakap orang
  • cepat mengaku kalah dalam setiap hal 
  • hidup atas sudut pandangan orang lain semata 
  • tidak sanggup berkorban 
  • tidak ada komitmen yang tinggi dalam diri 
  • tidak yakin & percaya kepada diri sendiri 
  • lalang . tidak punya pendirian yang tetap 
  • selalu bertangguh / menangguhkan sesuatu perkara
  • pasif
  • selalu fikir susah, dan berkata "susahlah"
  • kurang & malas berusaha . Usaha hanya sekali sekala
  • seringkali punya perasaan tidak suka terhadap orang lain
  • tidak disukai orang lain
  • sering fikir / berkata "sudah terlambat"
  • enggan belajar . "saya tak tahu la nak buat ni"
  • jarang berdoa
  • cepat jemu dan bosan terhadap sesuatu
  • cepat berpuas hati dengan sesuatu pencapaian
  • pemalas . hanya lakukan perkara yang wajib dibuat sahaja
  • hanya merancang & berfikir . Tidak disusuli dengan tindakan
  • suka beralasan
  • cepat rasa selesa dengan sesuatu kedudukan / pencapaian


Do some checklist . Kita ada tak sikap - sikap tu ? For me , yes . Some of it . Marilah kita berusaha ketepikan semua sikap negative tu dalam kehidupan kita . It's not good for us , for our future :)





self reminder ,
bearyblossom

The Heirs / The Inheritors - wajib tengok

November 11, 2013 7
The Heirs / The Inheritors - wajib tengok



I'm now in love with this Korean drama , The Heirs / The Inheritors



Suka sangat tahu . Sesape yang tengok cerita ni mesti tak sabar nak tunggu episod seterusnya . 
Ada Lee Min Ho . Suka sangat watak dia dalam cerita ni . Ego tu ada la sikit , tapi bila dah suka , dia terus terang . Tak lepas dah . Boleh melting tahu . Protective  sangat . Rasa comel pulak cerita ni . Hihi . Dah la handsome . Dia bawak watak Kim Tan dalam cerita ni . Btw Lee Min Ho ni kalau senyum memang boleh buat orang yang pandang ni pun senyum jugak . Ada aura gitu haaa . Haha . Gila dah kau , Emi .




Watak Cha Eun Sang (Park Shin Hye) ni macam comel je . Park Shin Hye ni memang aku suka sangat tengok dia berlakon . 


Young Do pulak memula tengok cerita ni rasa macam alahai jahat nya dia ni . But then bila dia dah start suka Cha Eun Sang tu , rasa menarik pulak . Not bad la Young Do ni . Kesian pun ada sebenarnya kat Young Do ni . Aku rasa dia jadi nakal macam tu sebab kurang aksih sayang kot . Gayanya macam dia memberontak je . Tengok jela family dia camne .



Oh , lagi satu watak yang aku suka sangat dalam cerita ni adalah watak Young Chan . Young Chan ni bestfriend Cha Eun Sang . Sweet sangat lah laki ni . Dah la comel gila . Memang best la kan perempuan kalau ada best boy friend macam dia ni . Selalu ada je susah senang . Tanpa simpan apa - apa perasaan selain best friend . 





Pendek kata , pelakon dalam cerita ni semua comel - comel . Sekarang baru sampai episod 10 . Aku selalu curi - curi tengok cerita ni kat ofis bila takde kerja . Hehe .