Wednesday, October 9, 2013
cuti raya approved!
Minggu ni belum ada pape kerja kat ofis . So datang kerja memang bosan gila . Sampai tahap boleh sakit kepala sebab mengadap laptop online je tak buat pape kerja . Hari ni pun sama . Bosan . Kalau diberi kerja, tak cukup tangan nak membuatnya . Tak diberi kerja , bosan pulak . Well , my industrial supervisor a bit busy minggu ni . Ada UAT (User Acceptance Testing) .
Btw next week raya Aidil Adha . Memandangkan sekarang tengah praktikal , jangan harap la nak bercuti lama - lama kan . Raya hari Selasa . Company bagi cuti hari Isnin Dan Selasa je . So kalau balik kampung , Selasa malam dah kena naik bas datang KL balik . Doesn't make sense . Bas mana gerak hari raya . So kemain gelisah la kan kebelakangan ni sebab belum confirm dapat balik or tak . Tiket balik Kelantan dah beli , Sabtu malam . Tiket nak datang tu yang takde . Nak mintak cuti extra dengan supervisor , tapi takut sebab she's kind of busy lately ni . Takut tak pepasal kena marah . Huuu . Kalau tak dapat cuti jugak , means nanti kena beraya sorang - sorang kat KL ni . God . . taknak . Tak pernah pun tak balik raya tahu .
So , semalam beranikan diri email supervisor tanya cuti untuk student praktikal berapa hari . She said company kasi 2 hari je , Isnin dan Selasa . So i replied this morning , asking weither i can apply 2 days more or not . Dalam email tu siap cakap lagi , "saya tanya je ni . Kalau akak tak kasi , it's okei la . terpaksa la sy cancel balik kampung " . And guess what , dia reply cakap boleh cuti , tapi nanti as usual elaun kena potong . Ahhh . . i don't care la setakat elaun kena potong tu . As long as dapat balik raya ! Weeehiiii . Alhamdulillah :)
p / s : eh btw lately ni i have new obsession . BEAUTY BOX . Apa tu beauty box ? Later next entry kita kasi cerita lagi detail ye . Kalau dah tak sabar sangat , pergi google . ya Allah , memang suka sangat dengan benda alah ni . kat Malaysia ni ada few beauty box yang boleh pilih . Setakat ni dah purchase 2 beauty box . Satu dah sampai , satu belum . Tak sabar nak up entry review beauty box tu . Stay tuned !
wah.. terlajak komen smpi entry lama2 dah ni.. hehe
ReplyDeleteHuk2.. teman x balik raya pun ritu.. cuti hubby dibekukan
ReplyDelete:(
ReplyDelete