The end of Infosys Batch 9. - emilinda

Friday, August 23, 2013

The end of Infosys Batch 9.



Dah lama baru nak update entry ni . Dah berkulat dah pun . Haha . Bukan taknak update, tapi asyik tangguh je sebab busy . So , dah almost 3 weeks dah infosys tamat . Haritu sempat buat satu ke dua entry je rasanya pasal infosys ni . Now nak sambung  sikit . Nak cerita jugak , tak kira ! Kenangan kot , kalau tak diabadikan somewhere , lama - lama boleh lupa .


Sepanjang kitorang kat sana , ada 3 kali cuti je . So walaupun kami penat nak mati buat coding bagai tuh , kami gagahkan diri jugak merangkak sekitar Kota Kinabalu tu . Almaklum la , bukan tetiap hari datang situ . First time keluar dah cerita dalam entry before ni . Second time keluar , pergi Gaya Street , Pasar Filipina , dan Muzium Sabah . Second time keluar ni takde gambar pun . Ralit sangat tengok barang - barang yang dijual kat sana , sampai tak menyempat nak snap picture .


Then kali terakhir keluar , kami pergi Pulau Manukan . Dari jeti Jesselton Point . Ada banyak pakej , tapi kitorang pergi satu pulau je which is Pulau Manukan . Pergi berempat sahaja . Tapi tak mandi pun , bulan puasa kan . Haha . Nak - nak pulak cuaca tak berapa okay hari tu . Hujan sebaik saja kami sampai pulau . Tak mahal pun pergi Pulau Manukan , dalam RM 20 sorang aje .

Ada banyak agen yang boleh bawak kita pi pulau , so kena survey harga betol - betol . Mesti nak murah kan .

Here we go . . . this is Wong Pui Yen .

Mereka . Pui Yen . Nad . Wong Zu Xien .

Cantik pulau - pulau kat Sabah ni . Malangnya pegi salah hari , hujan pulak . Haha .

Again , me .



Seperti dua makhluk gergasi di tengah - tengah pulau , kan ? Haha 

Manukan Island in memory .

Memandangkan hujan , kami pergi kejap jela Pulau Manukan tu . Then balik bandar KK , merayau kat Suria Sabah kejap , lepas tu beli barang sikit then balik . 




Haaa , ni ada satu tempat dekat dengan Suria Sabah . Menurut hasil google , tempat tu dulu kerajaan Sabah nak buat gallery , but then terbakar pulak . Pembinaan semula tak dapat diteruskan kerana masalah budget . So terbiar je tempat tu . Some people manfaatkan dinding tu , draw graffiti . Cantik . Tapi ni jela gambar yang di tampal kat sini , sebab gambar lain ada dalam fon , malas nak transfer . Haha .


So , lepas 5 minggu join Infosys , kitorang kena ambik final exam dan buat projek . Projek dalam group . 5 orang satu group . My group consists of Ying Hao from UMS , Martina from USIM , Shiaow Ee from UTEM , and Ezwan from UUM .

This is us . Infosys Batch 10 :)

With one of our instructor , ekhemmm . Hahaha


Okei , dah . Malas dah nak gali gambar dalam lappy dan fon . Haha . Btw alhamdulillah , all of us passed . Hihi . Terharu betol rasa masa malam penutup time dia sampaikan sijil tu . Hasil penat lelah sebulan lebih katakan . 



5 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.