June 2013 - emilinda

Saturday, June 29, 2013

Sayonara uthm.

June 29, 2013 4
Sayonara uthm.




Esok pepagi hari lagi kena bangun , siap - siap , tarik luggage pergi Dataran Anggerik . Jam 6.30 bas gerak pegi KLIA . So , malam ni malam terakhir kat sini . Lepas tu , babai UTHM . Jumpa balik time konvo nanti . Beratnya hati . Berat hati nak bangun awal . Wakaka :P Bukanlah ! Berat hati nak pi Infosys walaupun dah tak boleh tarik diri lagi dah . Barang - barang dah siap packing . Satu beg besar , satu beg laptop . Itu pun dah puas sumbat barang - barang baru boleh zip beg tu . Bila try angkat , mak aiiii . . berat kemain lagi . Padahal rasanya sikit je barang . Ape yang beratnya ntah . Flight jam 11. 45 pagi . Huuu . . . nak balik !!!!



K lah , will update again soon . 


Noktah. Titik.

June 29, 2013 3
Noktah. Titik.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa !!



Finally , dah siap jilid pun thesis . A bit late la nak compare dengan kawan - kawan yang lain sebab awal - awal hari tu duk kalut dengan final exam . Tak sempat pi jumpa supervisor . Then bila dah jumpa , he told me to jilid yang tu je , tak payah ubah pape . Homaigoddd , so baik la Dr Farhan ni . Sayang lebih . Kalau tahu tak payah ubah , awal - awal lagi pegi hantar kedai tuk jilid . Hari selasa hari tu hantar ke kedai kat Parit Raja untuk jilid . Memula nak hantar kat kedai Double A , but then tetiba bila pegi hantar , that girl yang kerja kat situ cakap harga dah naik . Baru naik katanya , sebab before ni my friends pun jilid kat situ , biasa je harga . Tetiba je naik . Rasa macam tak patut pulak . Nak naikkan harga , tunggu la sem depan . Ni tak , harini harga lain , esok harga lain dah . So tak jadi jilid kat situ , i sent my thesis kat another kedai named TOP . Luckily masa hantar tu harga kat kedia TOP tu tak naik lagi . Esoknya kawan cakap harga kat kedai TOP pun dah naik jugak . 



So , tadi lepas Jumaat , bergegas ke bilik May Fong , mintak tolong dia sikit . Then bergegas pulak ke Parit Raja , ambik thesis . Lepastu bergegas lagi ke faculty untuk ambik tandatangan supervisor , then hantar kat ofis faculty . Memang terkejar - kejar la kan sebab jam 4.30 ofis dah tutup. Dah la hari ni panas terik. Sakit kepala dibuatnya . Dah setel hantar thesis , berkejaran pulak balik hostel sebab hari ni last hantar kunci bilik . Bayangkan tengah - tengah panas tu jalan kaka dari fakulti ke hostel sebab nak kejar masa . Kalau tunggu bas nanti lambat . Nasib baik sempat sampai before ofis hostel tutup . 



Overall , rasa lega sebab most of hal yang nak ekna setel dah pun setel . Alhamdulillah . 







p/s : dunno why sejak tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ni , aku rasa aku dah TERover minat kat Izzue Islam la pulak . Walhal before ni aku tak tahu pun sape Izzue Islam ni . Now jadi minat teramat la pulak . Siap boleh senyum sensorang bila teringat dia . Wakaka , over  betul la kau ni Emi !